Kedai makan hidang makanan pelanggan atas barang-barang kegunaan harian jadi tumpuan

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah kedai makan di Thailand menjadi perhatian ramai baru-baru ini kerana mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk menghidangkan makanan yang dipesan oleh para pelanggan mereka.

Kedai makan tersebut menghidangkan makanan dengan meletakkannya di atas barang-barang kegunaan harian seperti periuk besar, bangku petak, dan sebagainya.

Cara unik hidangan makanan itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai narinmangpor.

Kedai makan hidang makanan pelanggan atas barang-barang kegunaan harian jadi tumpuan

Dalam video yang berdurasi selama 39 saat itu, dapat dilihat bahawa makanan pesanannya dan rakan-rakannya dihidangkan menggunakan objek yang digunakan setiap hari seperti periuk besar, bangku petak yang diterbalikkan, dan mangkuk besar atau besen.

Namun, dapat dilihat juga bahawa makanan mereka itu telah diletakkan terlebih dahulu di atas kertas bungkusan nasi, jadi bukannya terus dihidangkan dalam barang-barang kegunaan harian tersebut.

Pengguna TikTok berkenaan dan rakan-rakannya terhibur dengan cara kedai makan itu menghidangkan makanan dan mereka juga dilihat tetap menikmati hidangan itu tanpa masalah.

@narinmangporสั่งแปลกแดกไงก่อน

♬ เสียงต้นฉบับ – ฟันก็แปรงเป็นแมงได้ไง

Baca Juga:
Lelaki rendam sotong dalam tong sampah buat sambal nasi lemak tampil beri penjelasan
‘Tamat sudah riwayat Lisa’ – Monyet tular satu dunia yang menghiburkan semasa PKP sudah tiada
Sudu rangsangan elektrik untuk kawal garam dijual RM590