Kedai kegilaan ramai, ini kos anggaran jika mahu buka cawangan MIXUE.
Siapa yang tidak menggemari MIXUE, bukan? Jenama ini telah menjadi salah satu syarikat makanan dan minuman (F&B) yang sangat popular dalam kalangan rakyat di negara kita.
Berasal dari Henan, China, MIXUE mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2022 dengan cawangan pertama dibuka di Johor. Kini, jenama ini terus berkembang ke seluruh negara.
Terkenal dengan ais krim dan minuman pada harga yang berpatutan serta kuantiti yang memuaskan, tidak hairanlah MIXUE mendapat sambutan hangat walaupun baru sahaja dua tahun bertapak di Malaysia.
Berapa Kos Membuka Cawangan MIXUE?
Pernahkah anda terfikir tentang anggaran kos untuk membuka sebuah cawangan MIXUE? Baru-baru ini, seorang pempengaruh TikTok, @Zarif Azrie, telah berkongsi maklumat tersebut dalam sebuah video.
Kos Pembukaan Cawangan MIXUE
Menurut Zarif, modal awal untuk membuka cawangan MIXUE merangkumi:
- Kos barangan,
- Renovasi,
- Deposit sekuriti, dan
- Yuran tanda dagangan.
Jumlah keseluruhan dianggarkan sekitar RM300,000, bergantung kepada lokasi cawangan yang akan dibuka.
Kos Operasi Bulanan
Kos bulanan pula melibatkan:
- Bahan-bahan,
- Bil utiliti,
- Gaji pekerja, dan
- Sewa premis.
Keseluruhannya dianggarkan sekitar RM20,000 hingga RM30,000 setiap bulan.
Untuk mengekalkan operasi yang menguntungkan, sesebuah cawangan MIXUE perlu mencapai jualan bulanan sekitar RM45,000 hingga RM60,000.
Berapa Lama Untuk “Balik Modal”?
@zarifazrie Berapa kos nak buka Mixue? Jom breakdown ! #franchise #mixue #financialtips #breakdown ♬ Trap, hip hop, dark beat ♪(963369) – Ninja_Muzik_Tokyo
Tempoh pembalikan modal atau Return on Investment (ROI) bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan bulanan.
Menurut Zarif, jika jualan bulanan konsisten pada RM50,000, keuntungan bersih boleh mencecah RM20,000 hingga RM30,000 sebulan. Namun, untuk mendapatkan semula modal awal, ia dijangka mengambil masa sekitar 16 hingga 18 bulan, bergantung kepada prestasi jualan.
Jika anda berminat untuk menceburi perniagaan ini, pastikan anda merancang dengan baik!