Kecoh..wanita menjerit minta tolong dicabul di stesen LRT Maluri

Photo of author

By Syima Iza

Kecoh..wanita menjerit minta tolong dicabul di stesen LRT Maluri.

Sejak semalam, tular sebuah video di media sosial dimana memaparkan seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di stesen LRT Maluri.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita itu menjerit apabila lelaki itu memeluk erat di atas lantai dan telah menarik perhatian penumpang lain yang berada di sana.

Kecoh..wanita menjerit minta tolong dicabul di stesen LRT Maluri

Selepas itu, penumpang lain yang sedar akan masalah dihadapi wanita itu bertindak membantu agar lelaki itu melepaskan wanita terbabit. Selepas wanita itu berjaya melarikan diri, lelaki itu dilihat bangun dan juga turun ke laluan keretapi dan mengetuk keretapi.

Hal tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa risau dengan keadaan wanita tersebut yang pastinya trauma.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mempersoalkan kenapa tiada polis bantuan di sana dan keselamatan para penumpang sepatutnya dijaga.

Susulan isu itu, pihak The Vocket telah menghubungi pihak Rapid KL dan difahamkan kejadian tersebut masih dalam siasatan. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas siasatan selesai.

Baca Lagi:
Pempengaruh dibunuh, mayat dikerat ditemui dalam beg pakaian
Sanusi beri amaran bongkar kerja jahat jika dipakaikan ‘baju oren’
Bengang kena saman, model wanita mengamuk, hambur kata kesat terhadap polis