Kecoh wanita mengamuk di KLIA hempas barang sampai staff cedera. Sejak kebelakangan ini banyak betul kes orang mengamuk dekat lapangan terbang dan semalam tular kes seorang Karen dilihat mengamuk sampai maki hamun pekerja KLIA2.
Terbaharu kali ini pula satu kes seorang wanita mengamuk sampai melibatkan fizikal sehingga mendatangkan kecederaan kepada kakitangan yang bertugas di kaunter lapangan terbang.
Video tersebut tular di TikTok sehingga meraih 2.2M dalam masa 12 jam dan ia juga turut tular di Twitter dan meraih lebih 1,500 jumlah retweets dalam masa 4 jam.
Biadapnya!
Dalam video yang berdurasi 40 saat itu, dilihat seorang wanita berbadan kecil, menghempas barang-barang yang ada di meja kaunter, dapat dilihat salah seorang staff di situ kesakitan kerana mungkin barang hempasan itu terkenanya.
Ini kerana ada wanita yang dilihat seperti rakan sekerja mangsa memarahi semula wanita yang berbaju putih itu dengan mengatakan bahawa mangsa sudah bleeding. Mereka juga dilihat sedang bertengkar sebelum wanita berbaju putih itu beredar.
@yanaothmannn Korg Rasa Kalau dah begini sikap mcm xde adab? Masih boleh tahan ker? #fyp #fypシ゚viral #fypdongggggggg #pramugarimalaysia ♬ original sound – yanaothman
Kelakuan itu telah mengundang kemarahan orang ramai, rata-rata bengang melihat sikap yang tidak bertamadun wanita baju putih tersebut. Walaupun tidak diketahui bila kejadian ini berlaku, ada netizen mendakwa ia terjadi 2 atau 3 hari yang lalu.
Bahkan, punca kejadian itu juga masih belum dikenal pasti, bagaimanapun ada yang mendakwa kemungkinan kakitangan tersebut yang bersikap biadap.
Dalam pada itu, ada netizen mendakwa bahawa wanita tersebut positif Covid-19 dan tidak dapat naik ke pesawat, namun begitu wanita tersebut mengatakan dia kenal ‘orang kuat’ dalam industri penerbangan.
Bagaimanapun, kakitangan tersebut tidak layan dan menyebabkan wanita itu pecahkan satu penghadang sampaikan serpihan pecah tu terkena pada staf.
Hurm, apa pun seandainya kalau dapat perhatian pihak tertentu dapatlah kita tahu punca sebenar.