Baru-baru ini kecoh di media sosial selepas satu video yang menunjukkan dua matahari dirakam secara serentak pada satu masa.
Video tersebut dimuatnaik menerusi sebuah akaun Instagram yang dipercayai milik seorang individu dari negara jiran, Indonesia.
“Ini adalah matahari kedua, jadi ini adalah matahari pertama. Saya tak tahu apa yang berlaku,” kata individu yang merakam video itu.
Video berkenaan menjadi tular di media sosial hingga menarik perhatian pakar cuaca Kolej Meteorologi Klimatologi dan Geofizik Negeri (STMKG) Deni Septadi.
Menurutnya, fenomena dua matahari itu disebut sebagai ‘sundog’ atau ‘parhelion’. Ia berlaku disebabkan oleh ketumpatan atmosfera yang menyebabkan pembelauan cahaya matahari dipantulkan oleh hablur ais hingga membentuk cahaya yang dipantulkan.
Maka disebabkan itu kita melihat seolah-olah seperti ada dua matahari pada satu masa.
Hal ini boleh terjadi semasa waktu cuaca panas, hujan atau keadaan beriklim lembap, yang mana ada awan jenis Cirrus yang mempunyai hablur ais dibiaskan oleh cahaya matahari.
View this post on Instagram
Malah, tiada sebarang ancaman cuaca yang timbul disebabkan fenomena ini.
“Selain kehadiran hablur ais di awan Cirrus dan keadaan iklim sejuk, Sundogs biasanya muncul ketika matahari berada di bawah langit iaitu ketika matahari terbenam atau terbit.