Kecoh! Tun M kena serbu kumpulan desak bebaskan Najib di Ceramah Grand Finale PN

Kecoh! Tun M kena serbu kumpulan desak bebaskan Najib di Ceramah Grand Finale PN

Kecoh! Tun M kena serbu kumpulan desak bebaskan Najib di Ceramah Grand Finale PN.

Berlaku sedikit kekecohan berhampiran pentas Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) di Dataran Purnama Simpang Pelangai sebentar tadi apabila terdapat sekumpulan pemuda dengan sepanduk ‘Ingat jasa Najib’.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.25 malam itu, kumpulan berkenaan yang terdiri daripada 15 individu tidak dikenali muncul ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mahu berangkat pulang setelah menyampaikan ucapan di ceramah yang dibanjiri lebih 1,000 orang itu.

Kecoh! Tun M kena serbu kumpulan desak bebaskan Najib di Ceramah Grand Finale PN

Tindakan sekumpulan pemuda itu menimbulkan rasa tidak puas penyokong PN yang didakwa hampir mencetuskan provokasi.

Bagaimanapun, kekecohan tidak berlarutan apabila pihak polis bertindak pantas meleraikan dan mengarahkan dua kumpulan berkenaan beredar.

Pecutan akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai menyaksikan Dr Mahathir sepentas bersama pemimpin-pemimpin PN termasuk Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program tersebut juga menyaksikan kehadiran lebih ramai penyokong berbanding ceramah-ceramah lain yang berlangsung sepanjang kempen PRK ini.

Baca Lagi:
Ramai masih tak tahu ‘kotak sarang telur’ banyak kegunaannya, boleh serap bau busuk di dalam tong sampah
Wanita pelik kena hon, rupanya rakan sekerja letak sesuatu pada bumber belakang kereta
Ini info perlu anda tahu jika mahu beli minyak masak paket di mana-mana kedai
CATEGORIES