Kecoh siling Megah Rise Mall runtuh, 3 pengunjung cedera

Kecoh siling Megah Rise Mall runtuh, 3 pengunjung cedera

Kecoh siling Megah Rise Mall runtuh, 3 pengunjung cedera.

Siling depan anjung pusat beli-belah Megah Rise Mall di Petaling Jaya dekat sini runtuh dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat, petang tadi.

Menurut pihak pengurusan pusat beli-belah itu, tiga individu mengalami cedera ringan dalam kejadian kira-kira 3 petang itu.

Kejadian yang tular menerusi satu video berdurasi 37 saat di media sosial itu memaparkan siling tersebut sedang jatuh dan beberapa orang pengawal dilihat membantu para pengunjung untuk keluar daripada kawasan tersebut.

Kecoh siling Megah Rise Mall runtuh, 3 pengunjung cedera

Terdapat juga pengunjung yang menjerit ketakutan dan bergegas keluar daripada premis terbabit untuk menuju ke kawasan lebih selamat.

“Dukacita dimaklumkan bahawa siling anjung kereta di hadapan pintu masuk Megah Rise Mall runtuh ketika angin kencang dan hujan lebat, kira-kira pukul 3 petang, mengakibatkan tiga orang cedera ringan,” menurut pihak pengurusan Megah Rise Mall menerusi laman rasmi Facebooknya.

“Kami sedang menyiasat punca kejadian dan mengambil tindakan segera untuk mengurus dan menangani keadaan itu,” menurut kenyataan.

Megah Rise Mall memaklumkan keutamaan mereka adalah keselamatan dan kesejahteraan pengunjung.

“Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di megahrisemall@ppb.com.my. Kami akan sentiasa memberikan maklumat terkini,” menurut kenyataan itu.

Baca Lagi:
“Lepas aku maki baru aku dapat beli satu bundle gula” – Wanita mengamuk di pasaraya selepas kena beli gula premium RM4.20
Sopan dan bijak meraikan majlis, YB Hannah Yeoh tampil bertudung di UIAM dapat pujian netizen
Lelaki mengamuk selepas ditegur buang air besar dekat tempat orang ambik wuduk
CATEGORIES