Kecoh pesakit bergaduh dengan kakitangan hospital sebab tunggu lama

Photo of author

By Syima Iza

Kecoh pesakit bergaduh dengan kakitangan hospital sebab tunggu lama. Satu video tular di media sosial TikTok kekecohan bergaduh mulut dipercayai antara pesakit dengan kakitangan di sebuah hospital kerajaan di Serdang, Selangor.

Menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun Bisma Ali, kejadian itu dikatakan berpunca daripada masa menunggu giliran yang terlalu lama untuk berjumpa doktor.

“Gaduh di hospital, bahagian jantung. Dari pukul 8 pagi sampai pukul 7 malam. Khidmat yang sangat teruk,” katanya pada keterangan video tersebut.

Kecoh pesakit bergaduh dengan kakitangan hospital sebab tunggu lama

Dalam pada itu, kedengaran suara bergaduh mulut daripada pesakit yang menunggu dan kelihatan kakitangan hospital cuba memberi penjelasan dan menenangkan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan maklum balas sama sewaktu berurusan di fasiliti kerajaan sekali gus mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan sepatutnya dalam menyelesaikan isu tersebut.

“Semua hospital sama. Bila kita banyak komplen, ramai cakap nak cepat pergi swasta. Entahlah tengoklah sendiri, dulu dan sekarang sama sahaja,” luah Seyhajalil.

https://www.tiktok.com/@bisma_ali05/video/7195193827873918235?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7190757106973574658

“KKM patut lakukan sesuatu. Banyak sangat dah masalah begini berlaku di hospital dan klinik kerajaan,” kata Zul Eli.

“Kita nak salahkan selebihnya tak boleh juga sebab terlalu ramai. Mungkin dari segi pengurusan boleh diperbaiki. Contohnya ‘fix’ pemberian janji temu rawatan harian,” cadang Nurul Izzati Ismail.

Baca lagi:
Pelajar perempuan 16 tahun lari bogel selepas kereta kemalangan
Pesohor YouTube dicekik bapa ketika tidur sehingga mati
Fungsi garis halus pada duit ringgit Malaysia yang masih ramai tak tahu