Kecoh! Penyokong bertumbuk atas pentas di mesyuarat Umno

Kecoh! Penyokong bertumbuk atas pentas di mesyuarat Umno

Kecoh! Penyokong bertumbuk atas pentas di mesyuarat Umno. Mesyuarat Umno Bahagian Lahad Datu kecoh selepas beberapa penyokong calon yang bertanding dilaporkan bergaduh.

Menurut laporan Astro Awani, pergaduhan di Dewan Sri Perdana di Lahad Datu itu berpunca daripada provokasi segelintir penyokong calon yang bertanding dalam pemilihan Umno hari ini.

Ketika kejadian Ketua Umno Bahagian Lahad Datu, Khalid Harun dilaporkan sedang berucap tetapi beberapa penyokong yang tidak berpuas hati tiba-tiba naik ke pentas.

Kecoh! Penyokong bertumbuk atas pentas di mesyuarat Umno

Tindakan menyebabkan lebih ramai lagi penyokong naik ke pentas hingga tercetusnya pergaduhan antara mereka.

Video pergaduhan itu itu juga tular di media sosial.

Ketua Polis Lahad Datu Rohan Shah ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan kejadian itu dan berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.

@acikyen MESYUARAT PERWAKILAN UMNO LAHAD DATU!! #umnomalaysia #lahaddatuviral #lahaddatu #politikmalaysia ♬ original sound – Y E E N 🦸

Baca Lagi:
Syed Saddiq tak setuju larangan umat Islam lawat rumah ibadah agama lain
Tindakan usahawan kosmetik dedah suami curang melalui TikTok live undang pelbagai reaksi netizen
‘Saya nak lawat kubur bini saya’ – Anggota polis tembak isteri rayu nak lawat kubur arwah
CATEGORIES