Kecoh penumpang ‘mengamuk’ di KLIA sebab flight delay 8 jam

Photo of author

By Syima Iza

Kecoh penumpang ‘mengamuk’ di KLIA sebab flight delay 8 jam. Pangalaman penerbangan tertangguh untuk satu tempoh yang lama memang amat memeritkan bagi mana-mana penumpang yang terkandas.

Begitulah yang dilalui penumpang sebuah syarikat penerbangan apabila terpaksa menunggu sehingga kira-kira lapan jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kecoh penumpang 'mengamuk' di KLIA sebab flight delay 8 jam

Situasi itu mengundang kemarahan ramai sehingga salah seorang penumpangnya bertindak memarahi pegawai bertugas susulan gagal memberi penjelasan tentang kelewatan berkenaan.

Video insiden kekecohan itu dirakam dan dikongsikan di akaun TikTok @opmchimmy hingga meraih lebih sejuta tontonan.

@opmchimmy Flight delayed 8 hours , supposedly to catch on flight at 2335 hrs @22/12/2022 , but delayed until 0740hrs @ 23/12/2022 without any announcement given to all the passengers:( #malindoair #batikair ♬ original sound – Chimmy

Susulan itu seorang individu bernama Firdaus Jailan tampil mengaku sebagai individu yang bertindak menengking pegawai syarikat penerbangan terbabit menerusi akaun Twitter miliknya, @firdausjailan.

Jelas Firdaus, dia dan penumpang lain sepatutnya berlepas ke Kuching, Sarawak menerusi penerbangan yang dijadual pada pukul 11.30 malam Khamis, baru-baru ini.

Perkara yang membuatkan Firdaus lebih bengang adalah apabila tiada seorang pun kakitangan syarikat penerbangan itu tampil memberikan penjelasan tentang waktu sebenar penerbangan.

Firdaus sempat menunjukkan suasana di sekitar balai pelepasan yang memperlihatkan penumpang lain berbaring di serata tempat seperti di lantai dan juga bangku sementara menunggu waktu pelepasan.

Menurut Firdaus, penerbangan itu akhirnya berlepas pada pukul 7:40 pagi Jumaat selepas beberapa kali ditangguhkan.

Sementara itu menerusi akaun TikTok Firdaus iaitu @tukangfikir, dia tampil menjelaskan tentang kritikan segelintir pihak tentang perlakuannya menengking kakitangan bawahan syarikat penerbangan itu.

Kata mereka, staf yang berkhidmat di balai pelepasan tidak mempunyai pengetahuan lengkap tentang jadual penerbangan.

@tukangfikir Replying to @Masrianti.yan swmoga menjawab soalan. #tukangfikir ♬ original sound – TF – Business Strategist

@tukangfikir Replying to @Masrianti.yan swmoga menjawab soalan. #tukangfikir ♬ original sound – TF – Business Strategist

Firdaus mendakwa dia mengambil masa hampir 15 minit untuk memujuk kakitangan syarikat penerbangan tersebut turun ke bawah bagi menerangkan situasi semasa kepada penumpang lain.

Firdaus dan beberapa penumpang yang lain kemudiannya pergi berdepan dengan kakitangan itu untuk meminta penjelasan.

Firdaus juga menyatakan pada ketika itu kedai makan tidak dibuka dan ramai penumpang yang kelaparan.

Baca Lagi:

“Saya rasa macam menang Piala Dunia” – Pemilik gerai Sup Meletup
Kecoh kereta tiba-tiba berhenti tengah jalan utama, DBKL terpaksa pujuk pemandu
Rider cuak terima ‘order’ makanan di kawasan tanah kubur, akhirnya ini yang berlaku.