Kecoh! Pengadil dikejar pemain, pegawai PBT di kejohanan 9 sebelah

Photo of author

By Syima Iza

Kecoh! Pengadil dikejar pemain, pegawai PBT di kejohanan 9 sebelah.

Polis menjalankan siasatan berhubung pergaduhan melibatkan pemain bola sepak dan pengadil yang tular menerusi satu video di media sosial pada Ahad.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada perlawanan suku akhir Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2023 melibatkan 48 pasukan seluruh negara.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan lanjut dijalankan selepas menerima laporan daripada pengadil berkenaan.

Kecoh! Pengadil dikejar pemain, pegawai PBT di kejohanan 9 sebelah

“Difahamkan kekecohan itu dipercayai berlaku kerana rasa tidak berpuas hati terhadap keputusan perlawanan.

“Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Seri Manjung dan dia mengalami kecederaan tisu lembut,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Menurut Mohamed Nordin, pihaknya sedang mengenal pasti individu yang terlibat dalam kejadian itu.

@malaysiagazette Kejadian itu berlaku di Kejohanan 9 Sebelah Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2023 di Manjung, Perak. Dikatakan pemain serta pegawai pasukan yang terbabit cuba mensasarkan pengadil perlawanan tersebut. Video: Pemerhati Pengadil #malaysiagazette #mgnews #persatuanpihakberkuasatempatanmalaysia #MALA2023 #manjung ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video berdurasi 30 saat memaparkan seorang pengadil dikejar pemain sehingga ke khemah pasukan sebelum ditenangkan beberapa individu lain.

Dalam kejohanan yang berakhir pada Ahad, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) selaku tuan rumah menggondol Piala Menteri KPKT selepas menewaskan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan 1-0 di Stadium MPM.

Baca Lagi:
Tip elak sinki tersumbat, tukang paip ini kongsi petua
Pasangan tayang aksi manja dalam kereta dikecam netizen, ramai ‘tag’ PDRM
Lia.hsr kekasih hati Arif Aiman? Balasan di IG dengan ucapan ‘terima kasih cinta’ buat peminat syak sesuatu