Kecoh penampakan awan menyerupai burung sedang terbang di Indonesia.
Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan imej awan berbentuk unik yang menyerupai seekor burung, lapor laman berita Medius News kelmarin.
Kejadian itu berlaku di Garut, wilayah Jawa Barat kelmarin.
Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Instagram, awan tersebut dilihat mempunyai bahagian seperti kepala burung, paruh, perut, sayap, dan ekor.
“Ini adalah salah satu tanda kebesaran Allah. Awan kelihatan sangat mirip dengan burung,” kata perakam video tersebut.
Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Bentuknya hampir sempurna,” kata seorang pengguna media sosial.
“Ini dinamakan lukisan senja,” kata netizen lain.
View this post on Instagram