Kecoh pasangan Russia panjat dan bergambar di puncak Menara Merdeka 118

Kecoh pasangan Russia panjat dan bergambar di puncak Menara Merdeka 118

Kecoh pasangan Russia panjat dan bergambar di puncak Menara Merdeka 118. Polis akan menjalankan siasatan terhadap pasangan dari Rusia yang dipercayai menceroboh bagi memanjat Menara Merdeka 118, di sini, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman, berkata pihaknya akan memanggil pasangan berkenaan untuk dirakam keterangan.

“Kedua-dua individu berkenaan akan disiasat atas tuduhan menceroboh,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kecoh pasangan Russia panjat dan bergambar di puncak Menara Merdeka 118

Terdahulu, gambar pasangan itu, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau dari puncak bangunan kedua tertinggi di dunia berkenaan dimuat naik di laman sesawang SkyscraperCity.com.

Dalam hantaran dimuat naik Ivan di laman sesawang itu, dia memaklumkan pengalaman berada di atas puncak menara berkenaan sebagai sesuatu yang ‘gila’.

Sementara itu, Angela menerusi hantaran di Twitter, menulis dia tidak ditahan semasa memanjat menara terbabit yang belum lagi dibuka kepada umum.

“Saya sudah melakukan perbuatan ‘gila’ dan tidak ditahan. Ia pengalaman menakutkan, tetapi dengan penamat yang menggembirakan,” katanya.

Pasangan itu sememangnya dikenali dengan lagak aksi di beberapa bangunan tinggi di seluruh dunia.

Baca Lagi:
Peniaga satar tergaman terima kunjungan pelanggan istimewa
Jakpot! Lelaki temui permata bernilai RM13.8 juta, ini yang dilakukan dari hasil tersebut…
Jual ‘Pingat Kebesaran’ dua kakitangan SUK Pahang ditahan
CATEGORIES