Kecoh khabar angin Jalan Yap Ah Loy ditukar nama Jalan Palestin, ini penjelasan DBKL

Photo of author

By Syima Iza

Kecoh khabar angin Jalan Yap Ah Loy ditukar nama Jalan Palestin, ini penjelasan DBKL.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan khabar angin yang tular di media sosial, yang mendakwa bahawa Jalan Yap Ah Loy di sini telah ditukar namanya kepada Jalan Palestin.

“Tiada sebarang perubahan. Nama Jalan Yap Ah Loy tetap tidak berubah,” kata seorang pegawai DBKL ketika dihubungi hari ini.

Kecoh khabar angin Jalan Yap Ah Loy ditukar nama Jalan Palestin, ini penjelasan DBKL

Beliau menjelaskan bahawa pada tahun 2020, hanya Jalan Raja Laut 1 yang ditukar namanya kepada Jalan Palestin, atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Tan Sri Annuar Musa.

Isu ini timbul susulan penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini. DBKL, melalui hantaran di Facebook pada 26 September 2020, memaklumkan bahawa penukaran nama itu hanya melibatkan Jalan Raja Laut 1 yang sepanjang kira-kira 80 meter dan bukannya Jalan Raja Laut secara keseluruhan.

DBKL menjelaskan bahawa Jalan Raja Laut bermula dari persimpangan Jalan Tun Perak dan berakhir di persimpangan Jalan Ipoh/Jalan Tuanku Abdul Rahman (Chow Kit), manakala Jalan Raja Laut 1 terletak di sisi bangunan KWSP dan berakhir di Jalan Esfahan (bersebelahan SOGO).

Ramai dalam kalangan orang awam tidak menyedari nama jalan ini kerana sebelum ini, jalan tersebut lebih dikenali sebagai Lorong Gombak (belakang Jalan TAR). Pembangunan pesat di lokasi tersebut memerlukan nama jalan yang jelas agar mudah dikenali dan dijejaki, menurut hantaran itu.

Sementara itu, bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Nor Hisham Ahmad Dahlan, yang berkhidmat dari Oktober 2018 hingga 30 September 2020, turut menzahirkan rasa kecewa dengan penyebaran berita palsu tersebut sehingga menyebabkan perbalahan di media sosial.

“Nama jalan ini ditukar pada 2020 untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin, dan ia tidak melibatkan Jalan Raja Laut. Jalan itu masih ada,” katanya sambil meminta agar isu ini tidak disensasikan dan dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

Baca Juga:
Ini 10 tips cara jimatkan minyak kereta, paling mudah dan berkesan!
Dr Akmal Saleh kini bergelar Datuk, balik dari istana terus serah pingat kepada ayah
Wanita tak jadi beli pakaian di butik selepas minta pekerja kira duit kertas RM368,000