Kecoh kereta tiba-tiba berhenti tengah jalan utama, DBKL terpaksa pujuk pemandu

Kecoh kereta tiba-tiba berhenti tengah jalan utama, DBKL terpaksa pujuk pemandu

Kecoh kereta tiba-tiba berhenti tengah jalan utama, DBKL terpaksa pujuk pemandu. Kecoh apabila sebuah kereta tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan utama di Jalan Kuching, Kuala Lumpur menghala ke Selayang sekali gus menyebabkan berlaku kesesakan dalam kejadian pada pagi tadi.

Bagaimanapun, selepas diselidik rupa-rupanya pemandu kereta tersebut berbuat demikian dipercayai diserang rasa cemas atau takut melampau dikenali sebagai ‘anxiety’.

Kejadian itu dimaklumkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran pada media sosial Facebook pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Kecoh kereta tiba-tiba berhenti tengah jalan utama, DBKL terpaksa pujuk pemandu

“Pagi ini min (admin) dimaklumkan berlaku satu insiden di mana seorang pengguna jalan raya secara tiba-tiba memberhentikan kenderaannya di tengah-tengah jalan utama di Jalan Kuching menghala ke Selayang.

“Insiden ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di laluan itu. Bagaimanapun hasil usaha pantas skuad penyelamat, anggota trafik serta pasukan Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) DBKL serta dibantu oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), situasi telah dapat dikawal dengan segera,” katanya pada hantaran tersebut.

Dalam pada itu, DBKL memaklumkan, pemilik kenderaan yang dikatakan mengalami ‘anxiety’ telah berjaya dipujuk untuk keluar dari kenderaannya.

“Kenderaannya kemudiannya telah dialihkan ke bahu jalan. Perkara tak terduga, moga kita semua dalam perlindungan-Nya,” katanya

Baca lagi :
Selebriti berstatus janda berenang pakai tudung dengan bikini, biar betul??
Bergson bagi ‘Hint’ pemain terkenal Chile bakal sarung jersi JDT musim depan
Bapa kandung potong kemaluan anak 5 tahun ketika tidur
CATEGORIES