Kecoh kepala babi ditemui atas bendera depan bilik gerakan Perikatan Nasional

Photo of author

By Syima Iza

Kecoh kepala babi ditemui atas bendera depan bilik gerakan Perikatan Nasional.

Jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di sini, dikejutkan dengan penemuan kepala babi yang diletakkan di atas bendera parti gabungan itu di hadapan bilik gerakan.

Calon PN DUN berkenaan, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, beliau mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Kecoh kepala babi ditemui atas bendera depan bilik gerakan Perikatan Nasional

Menurutnya, selain di bilik gerakan, dipercayai kepala babi turut diletakkan di sebuah kediaman salah seorang pegawainya sekitar di daerah ini.

” Macam – macam hal berlaku dan kita sudah menjangkakan. Mungkin lebih teruk daripada itu akan berlaku. Tetapi tidak mengapalah kita kekal tenang, saya fikir ini mungkin tindakan untuk mengalihkan tumpuan menghadapi Pilihan Raya Negeri berbaki tiga hari sahaja,” katanya tadi.

Katanya, kejadian itu mungkin tindakan orang terdesak dan menganggap sebahagian daripada cabaran, namun pada masa sama tidak boleh menuduh sesiapa kerana mahu menjaga sensitiviti banyak pihak.

Eddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, perkara itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut mengikut lunas undang-undang.

Dalam pada itu, Eddin yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Pilah turut mengingatkan supaya jentera partinya kekal positif.

“Dalam ceramah saya malam tadi, saya menasihatkan jentera parti kalau kita nampak bendera pihak lawan itu tumbang kita sama-sama naikkan. Kita mahu satu budaya politik yang sihat dan positif.

” Politik itu memerlukan kematangan, takkan zaman semakin beredar politik masa sama tetapi jika ada sesetengah orang masih nak gunakan cara begitu ia sangat memalukan agama dan bangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan.

Baca Lagi:
Tular video ‘Aunty’ India berdiri tegak, terpegun dengar bacaan al-Quran dari surau raih perhatian ramai
Menantu Muhyiddin tak perlu lari jika tidak bersalah – PM Anwar
Toyota Landcruiser keluaran tahun 1978 cipta rekod dunia, berjaya pandu di dasar laut sejauh 7 kilometer