Kecoh! Isteri tua bekas jurulatih Liga Super dan madu bergaduh besar di restoran

Photo of author

By Syima Iza

Kecoh! Isteri tua bekas jurulatih Liga Super dan madu bergaduh besar di restoran. Kontroversi perkahwinan bekas jurulatih Liga Super sekali lagi panas apabila berlaku pergaduhan membabitkan dua isterinya semalam.

Difahamkan pergaduhan itu berlaku di restoran di Shah Alam kerana perselisihan faham antara mereka berdua.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kecoh! Isteri tua bekas jurulatih Liga Super dan madu bergaduh besar di restoran

Menurutnya, pergaduhan berlaku di restoran di sini.

“Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 50-an masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.

Wanita yang dikahwini berkenaan bukanlah calang-calang kerana dikhabarkan seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.

Baca Lagi:
Hadi sudah jumpa ‘dalil’ halalkan rasuah, veteran Umno seru kembali ke pangkal jalan.
Majlis akad nikah bertukar jadi kelam kabut, jurunikah tiba-tiba pengsan
Lelaki patah kaki, isteri dan anak cedera dihempap pokok di Zoo Melaka