Kecoh dikatakan hilang, rupanya pasangan tular bawa bayi ‘bertiub’ sibuk urus percepat proses nikah

Photo of author

By Syima Iza

Pasangan yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan yang menghidap paru-paru kronik dan tular baru-baru ini, akan dinikahkan dalam waktu terdekat.

Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Mualim berkata, lelaki berusia 36 tahun itu hadir ke pejabatnya di masjid berkenaan pada jam 3 petang tadi.

Katanya, lelaki itu datang membawa dokumen lengkap untuk mengisi borang pernikahan bersama pasangannya yang berusia 35 tahun itu.

Kecoh dikatakan hilang, rupanya pasangan tular bawa bayi 'bertiub' sibuk urus percepat proses nikah

“Saya turut membantu dia mengisi borang kahwin dan menasihatkannya supaya mengikut tatacara perkahwinan termasuk pemeriksaan HIV dan sebagainya.

“Apabila selesai semua urusan itu dan mereka mengikut panduan yang diberikan, urusan pernikahan akan dilakukan segera,” katanya ketika dihubungi Berita Harian hari ini.

Sementara itu, sumber memaklumkan pasangan terbabit tidak menghilangkan diri sebaliknya melakukan segala urusan untuk mempercepatkan proses pernikahan mereka.

Bagaimanapun, mereka tidak menjawab panggilan telefon kerana mempunyai urusan tertentu.

Terdahulu, media melaporkan pasangan terbabit menghilangkan diri apabila cubaan menghubungi mereka gagal, namun kedua-duanya tidak menjawab panggilan dan mematikan talian.

Pemantauan oleh ahli kariah masjid di kawasan rumah lelaki itu juga gagal mengesannya.

Hanya ibu lelaki itu yang menghidap angin ahmar berada di rumah sendiri sambil dipantau jiran berhampiran.

Baca Juga:
Apa dah jadi dengan bola sepak Malaysia?, kali ni penyokong JDT pula yang kena
Mohon ‘roadtax’ percuma untuk anak ada kad OKU, ini syaratnya
Semua dia sapu, ini baru betul layak digelar ‘influencer’ nombor satu di Malaysia