Kecoh di Event Choii Pavillion Perda, pemenang BMW F30 dibatalkan sebab lambat muncul.
Namun begitu, tular di TikTok video yang dimuat naik oleh @hang.pi.mana menunjukkan situasi kecoh yang berlaku ketika penganjur sedang membuat pertandingan cabutan bertuah di sebuah karnival.
Terlepas hadiah BMW sebab..
Difahamkan, cabutan bertuah itu berlangsung sempena jelajah negeri di Pavilion Perda, Pulau Pinang. Pemenang yang paling bertuah akan menerima sebuah kereta mewah iaitu BMW F30.
Kecoh situasi yang berlaku di karnival itu gara-gara seorang wanita yang lambat mengaku dirinya pemegang nombor cabutan bertuah tersebut. Jadi, dia terlepas peluang memenangi hadiah istimewa itu.
Tanpa berputus asa, wanita itu tampil ke hadapan pentas seolah-olah ingin memohon jasa baik pihak penganjur untuk membuka semula peluang untuk dirinya namun permintaannya ditolak.
Penganjur bagi saguhati
Berkali-kali juga hos karnival itu memberitahu wanita itu bahawa penyertaannya terbatal kerana sudah memanggil nombor itu berkali-kali. Tetapi, wanita itu masih memprotes di hadapan pentas sehinggakan beberapa orang anggota Rela cuba membawanya pergi.
@hang.pi.mana Kalau dah memang rezeki orang lain,terima jelaa kak oiii #Choii #farisazri ♬ original sound – tak pi mana pun
Demi menjernihkan keadaan, penganjur karnival itu memberi saguhati sebanyak RM1000 kepada wanita berkenaan.
Elak dituduh bagi hadiah dekat ‘kroni’
Dikatakan, wanita tersebut juga telah melanggar peraturan cabutan bertuah yang mana peniaga tidak dibenarkan menyertai cabutan bertuah itu. Hal ini kerana, penganjur mahu bersikap adil kepada semua orang.
Penganjur juga telah memuat naik video lain bagi meredakan ketegangan yang berlaku dan berasa kesal kerana timbul pelbagai kritikan mengenai peraturan yang telah ditetapkan.
@farisazriiiSedikit Penjelasan Isu Semalam Cabutan Bertuah … Harap tiada yg buat spekulasi sendiri …♬ original sound – Faris Azri Choii
Menjengah di ruangan komen, ramai netizen menjelaskan mengapa penyertaan wanita itu terbatal.