
Kecoh buaya gergasi diikat atas lori treler gemparkan orang ramai
Kecoh buaya gergasi diikat atas lori treler gemparkan orang ramai. KECOH di media sosial rakaman seekor buaya gergasi diikat di atas sebuah lori treler, Bandar Antipolo, Filipina, kelmarin.
Memetik laporan Philnews.ph, rakaman buaya itu yang tular telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, di negara tersebut.
Menerusi video terbabit dapat dilihat pihak berkuasa sedang mengawasi reptilia berkenaan untuk di bawa ke suatu tempat.
Kehadiran sang bedal itu telah menarik perhatian pengguna jalan raya sekitar Bandar Antipolo sehingga berlaku kesesakkan lalu lintas.
Bagaimanapun, reptilia tersebut yang dikenali sebagai “Dakila” hanyalah satu figura bukannya haiwan sebenar yang digunakan untuk sebuah filem bertajuk Lolong.
Gila babi besarrrrrr. Weh Lolong ni ada abang dua kali ganda lagi besar dorang cakap, tengok kat YT. Gila doh pic.twitter.com/OTUwTfUwQw
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) December 23, 2022