Kecoh artis wanita terkenal ditangkap bersama pil kuda, nama penyanyi ‘Bea Soba Bea’ pula dipetik

Photo of author

By Syima Iza

Kecoh artis wanita terkenal ditangkap bersama pil kuda, nama penyanyi ‘Bea Soba Bea’ pula dipetik.

Selain Misha Omar, seorang lagi penyanyi kelahiran Kelantan yang namanya menjadi perhatian hari ini akibat laporan mengenai artis wanita ditahan bersama ribuan pil kuda adalah Eda Ezrin.

Eda, yang terkenal dengan lirik lagu “Bea Sabo Bea” yang diambil dari lagu nyanyiannya, “Cinta Setandan Pisang,” didakwa terlibat dalam kes jenayah dan tangkapan yang berlaku di Golok, Thailand.

Kecoh artis wanita terkenal ditangkap bersama pil kuda, nama penyanyi 'Bea Soba Bea' pula dipetik

Sebagai komposer yang telah bekerjasama dengan Eda, Eddie Hamid berharap penyanyi itu tidak terlibat dengan dakwaan mengenai artis wanita yang ditahan kerana dipercayai memiliki 6,000 pil kuda di Thailand.

“Jika membaca laporan media, ramai yang mendakwa seperti dia (Eda). Tapi saya sendiri terkejut dan sukar percaya jika laporan itu benar bahawa artis tersebut adalah Eda.

“Tapi saya percaya dan berharap dia tidak terlibat dalam perkara itu. Saya juga berharap barang itu bukan miliknya,” ujar Eddie Hamid kepada Gempak.

Menurut Eddie lagi, dia merasa kasihan jika laporan tersebut benar menjurus kepada Eda kerana mereka akan memulakan kerjasama baru dalam masa terdekat.

“Saya memang betul-betul berharap bukan dia. Kasihan, kerana lusa saya akan merekod lagu baru Eda dan Den Manjo,” tambahnya lagi.

Menjelaskan lebih lanjut, sepanjang bekerja bersama Eda, penyanyi itu tidak pernah terbabit dengan masalah salah laku undang-undang atau tidak berdisiplin.

“Dia artis yang sangat baik,” tambahnya.

Jelas Eddie lagi, kali terakhir dia berhubung dengan Eda adalah sekitar lima hari lalu untuk mengesahkan tempahan studio rakaman lagu baru mereka.

“Kali terakhir saya berhubung dengan Eda adalah lima hari lalu kerana kita ingin menetapkan tarikh untuk tempah studio. Memang Eda selalu ke sana (Thailand) untuk membuat persembahan, dia memang banyak show di sana,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa enam rakyat Malaysia, termasuk seorang artis wanita, ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, awal pagi Jumaat.

Menerusi tangkapan itu, polis Thailand turut merampas 6,000 biji pil kuda. Sumber menyebut bahawa kesemua mereka dikatakan ke hotel tersebut untuk berhibur sempena cuti umum Deepavali.

Menurut sumber lagi, kesemua individu terbabit akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk direman.

Baca lagi:
6 selebriti wanita terkenal bukan saja cantik, rupanya pandai memasak
Degil tak mahu pakai jaket keselamatan, 2 pempengaruh terkenal ditemui mati lemas
“Tanda Dah Semakin Dekat”- Arab Saudi rasmi projek pembinaan bangunan terbesar di dunia