Kecoh artis lelaki era 80-an bernikah lagi satu, nama ND Lala ‘dipetik’ netizen

Kecoh artis lelaki era 80-an bernikah lagi satu, nama ND Lala ‘dipetik’ netizen

Kecoh artis lelaki era 80-an bernikah lagi satu, nama ND Lala ‘dipetik’ netizen. Ketika ramai meneka kisah penyanyi dan pelakon lelaki era 1980-an yang bernikah lagi satu seperti dilaporkan Harian Metro semalam adalah ND Lala, namun keadaan rumah tangganya dengan isteri, Fauziah Sarman kelihatan tenang.

Perkongsian terbaru Fauziah di Instagram semalam seakan menafikan gosip yang sedang hangat diperkatakan dalam kalangan netizen ketika ini.

Menerusi hantaran itu, ibu kepada penyanyi popular, Shila Amzah ini memuat naik gambar mesra dia bersama suaminya itu.

Kecoh artis lelaki era 80-an bernikah lagi satu, nama ND Lala 'dipetik' netizen

 

“35 tahun…alhamdulillah,” tulisnya yang disertai emoji hati dan cinta.

Difahamkan, pasangan ini keluar bersama bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-35.

Rata-rata pengikut dan rakan-rakan mereka memberi ucapan sempena ulang tahun perkahwinan serta mendoakan agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi ND Lala tidak berjaya apabila dia tidak memberi sebarang balasan.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.

Difahamkan isteri barunya itu masih muda dan mempunyai perbezaan usia yang jauh dengan artis terbabit.

Baca Lagi:
Bekas pengarah syarikat dan suami didakwa pecah amanah, sembunyi wang hampir RM50,000
Penunggang motosikal berambut pink buat provokasi di jalanraya diburu polis
Wanita dipecat majikan sering ambil MC hari isnin dapat pampasan RM18,406
CATEGORIES