Katering tak muncul – muncul, kenduri kahwin jadi ‘mimpi ngeri’

Katering tak muncul – muncul, kenduri kahwin jadi ‘mimpi ngeri’

Katering tak muncul – muncul, kenduri kahwin jadi ‘mimpi ngeri’.

Sebuah majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna pada Ahad di Bandar Seri Jempol dekat sini bertukar ‘mimpi ngeri,’ apabila pihak katering tidak muncul.

Berikutan itu, keluarga pengantin didakwa mengalami kerugian kira-kira RM13,000 akibat ditipu sebuah syarikat katering dan perkara itu turut dikongsikan di Facebooknya sebelum ia tular.

Katering tak muncul - muncul, kenduri kahwin jadi 'mimpi ngeri'.

Wakil keluarga yang juga abang kepada pengantin perempuan, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, tampil memohon maaf kepada tetamu susulan mereka terpaksa menjamu juadah seadanya.

Menurutnya, selepas majlis akad nikah adiknya, dia ke dewan majlis untuk melihat persiapan, namun hanya ada pelamin sahaja, tiada meja dan kerusi untuk tetamu.

“Kami telah menjadi mangsa penipuan pihak katering yang ditempah adik kami. Banyak kali kami cuba telefon tetapi tiada maklum balas. Jumlah tempahan yang dah dibuat untuk 1,000 orang. Pening kami nak fikir.

“Kami tunggu hingga jam 9 malam (malam sebelum majlis) memang tiada respons, jadi kami sembilan beradik ambil keputusan untuk masak sendiri. Kami hanya mampu siapkan dalam anggaran 400 tetamu. Itu pun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman,” katanya.

Dia berkata, mereka sekeluarga terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan bagi mencari meja, kerusi, periuk besar dan barang-barang untuk memasak lauk majlis perkahwinan adik ketujuhnya itu.

“Maka, kami harungi hari besar adik kami dengan sebaiknya, kami susun semua kerusi meja sendiri, dalam kesedihan kami atasi semuanya dengan semangat. Kami yakin kami boleh buat semua ini.

“Alhamdulillah semalam (majlis) semuanya berjalan dengan baik walaupun hanya dengan ada satu lauk hidangan. Ada yang datang menaja apam balik, popcorn, kuih muih. Semua datang dan buat dengan penuh kasih sayang.

“Allah Maha Kaya, walaupun majlis dah berakhir tapi lauk-pauk masih ada, syukur semuanya cukup. Terima kasih semua yang hadir. Allah beri kami ujian sesuai kemampuan kami. Allah uji kami sebab Allah sayang kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya laporan polis telah dibuat oleh adiknya dan mereka sekeluarga menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut selain berharap kejadian seperti itu tidak berlaku pada pihak lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
“Kalau di Malaysia rasa dah kaya pakai Alphard, rupanya orang Jepun buat Taxi je”
“Thank you uncle” – Uncle bancuh simen tepi jalan tampal jalan berlubang raih perhatian
Mayat sudah ‘berbau’ ditemui dalam Bezza di tapak jualan but kereta di Damansara
CATEGORIES