Katak sebesar bayi manusia ditemui di Pulau Solomon “rasanya lebih sedap daripada ayam”

Photo of author

By Syima Iza

Seekor katak sebesar bayi manusia berjaya ditangkap di pinggir ibu kota Pulau Solomon, Honiara.

Penemuan oleh pemilik kilang kayu, Jimmy Hugo, dibuat bulan lalu dan dikongsi di akaun Facebook miliknya, yang menggemparkan netizen di media sosial itu.

Dalam catatannya, Hugo berkata katak berkenaan dikenali sebagai ‘ayam belukar’ dalam kalangan penduduk pulau tersebut. “Rasanya lebih sedap daripada ayam,” katanya.

Katak sebesar bayi manusia ditemui di Pulau Solomon "rasanya lebih sedap daripada ayam"

Menurut pakar biologi, Patrick Pikacha, spesies katak ini dikenali sebagai Cornufer guppyi dan merupakan salah satu katak terbesar di dunia, memetik laporan portal berita ABC.

Katak terbesar di dunia, katak Goliath Afrika, ditemui di Cameroon dan berukuran 36 sentimeter panjang.

Jelas Dr. Pikacha, katak di Pulau Solomon ini kini terancam akibat aktiviti pembalakan.

Selain itu, bahan kimia yang dilepaskan ke dalam sungai turut mengakibatkan kematian amfibia tersebut.

Jelasnya lagi, walaupun katak yang dikongsi Hugo itu agak besar, dia pernah menemui saiz yang lebih besar daripada itu di Pulau Gatokae, salah satu pulau kecil di barat Pulau Solomon.

“Seekor katak yang pernah saya temui berukuran 30 sentimeter panjang, sepanjang sebuah pembaris panjang.

“Ketika itu katak berkenaan sedang makan seekor ulat jadi ia tidak cuba melarikan diri,” katanya.

Baca Juga:
Peminta sedekah tolak terima wang yang banyak undang reaksi netizen
Jangan terkejut, ini jumlah bayaran diterima Shah Rukh Khan dalam filem Kuch Kuch Hota Hai
Wanita India suap makanan dekat pesakit lelaki buat ramai sebak