Kasih sayang bapa saudara sanggup dukung anak saudara ke pelamin meruntun hati ramai

Photo of author

By Syima Iza

Kasih sayang bapa saudara sanggup dukung anak saudara ke pelamin meruntun hati ramai. Kasih sayang seorang bapa saudara yang sanggup mendukung anak saudaranya ke pelamin telah meruntun hati ramai pengguna media sosial hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @oohlysa di akaun TikToknya, menunjukkan keadaan rumah pengantin perempuan di Kuala Rompin, Pahang telah dinaiki air sehingga ke depan pintu rumah.

Bapa saudara kemudiannya mendukung pengantin perempuan dalam keadaan banjir dan hujan lebat ke pelamin perkahwinan.

Kasih sayang bapa saudara sanggup dukung anak saudara ke pelamin meruntun hati ramai

Difahamkan ayah pengantin perempuan telah pun dijemput Ilahi dua tahun lepas.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat tiga juta tontonan, 448,600 tanda suka dan 21,100 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen, ramai yang sebak dan terharu melihat kasih sayang bapa saudara pengantin tersebut dalam memastikan majlis anak saudaranya berjalan dengan lancar.

@zadeema_asmaAlhamdulillah…tanggungjawab bapa saudara kpd anak saudara yang telah kematian arwah bapa telah selesaikan. Sedih tgk situasi ini. Betapa kasihnya suami terhadap anak arwah adiknya.

♬ Semoga Abadi – Misha Omar

“Sebenarnya segarang-garang ayah kita semua, tapi dalam hati dia tetap ada taman tau.. untuk anak lelaki, ayah ibarat kawan yang setia untuk anak perempuannya,” komen Najmi.

“Lagi sebak bila terfikir, ayah yang dah tua masih kuat boleh dukung kita lagi,” komen Azmil pula.

“Saya tidak membesar dengan kasih sayang ayah tetapi bila tengok orang lain dapat kasih sayang ayah selalu paling menyentuh hati,” komen pengguna yang lain.

Baca Lagi:
Isteri bingung suami hilang, rupa-rupanya dah pindah ke PPS
100 hari Anwar jadi PM, tiada apa nak dibanggakan – Tun Mahathir
Guru terpaksa tanggung hutang RM100,000 ditipu pelaburan patuh syariah