Kapten Sepanyol, Alvaro Morata mengalami kecederaan di lutut apabila berlaku insiden pelik selepas pengawal keselamatan tergelincir dan jatuh seterusnya terkena pemain itu selepas kejayaan mara ke final Euro 2024.
Sepanyol cemerlang awal pagi tadi ketika Lamine Yamal menyinar dalam kemenangan 2-1 mengatasi Perancis pada separuh akhir Kejohanan Eropah.
Bagaimanapun sejurus selepas perlawanan tamat, pemain Sepanyol berkumpul meraikan kejayaan berkenaan dan seorang pengawal keselamatan dilihat tergelincir dan merempuh lutut Morata.
Penyerang Atletico Madrid itu dilihat mengalami kesakitan akibat impak itu dan kelihatan kecewa ketika meninggalkan padang.
Sepanyol berharap pemain itu akan kembali cergas bagi aksi final nanti tetapi tetap bimbang dengan keadaan kapten mereka yang akan menjalani ujian imbasan esok.
🙈🙈 La entrada fortuita que puede dejar a Morata sin final: un miembro de seguridad resbaló al tratar de parar a un aficionado y dejó al capitán tocado de la rodilla#Euro2024 pic.twitter.com/kY3y814DhM
— MARCA (@marca) July 9, 2024