Kapal selam ‘James Bond’ bakal dilelong dengan harga RM104,998

Kapal selam ‘James Bond’ bakal dilelong dengan harga RM104,998

Kapal selam ‘James Bond’ bakal dilelong dengan harga RM104,998. Kereta sport klasik Lotus Esprit yang ditampilkan filem James Bond, The Spy Who Loved Me pada tahun 1977, boleh menjadi milik anda pada harga cuma £20,000 (RM104,998), lapor portal berita The Sun.

Kenderaan popular itu akan dikenang selama-lamanya sebagai kereta amfibia yang digunakan oleh pemegang watak perisik Britain tersebut, Roger Moore. Adegan malar segar menampilkan kereta itu berubah menjadi kapal selam di laut.

Selepas menonton filem popular itu, seorang petani segera mendapat inspirasi untuk membeli Lotus Esprit tersebut.

Kapal selam 'James Bond' bakal dilelong dengan harga RM104,998

Namun, dia jatuh sakit beberapa tahun lalu dan terpaksa melepaskan kenderaan cantik itu dari kandang di ladangnya.

Kereta ikonik yang mempunyai enjin berkapasiti 2.2 liter itu telah berhabuk tetapi kini keluarganya telah memutuskan untuk menjual Lotus Esprit itu menerusi acara lelongan oleh firma Charterhouse Auctions di Sherbourne, Dorset.

Kakitangan firma lelongan itu, Richard Bromell berkata: “Saya pasti pemilik baru yang bertuah akan membaik pulih Lotus ini dan kembali memandunya di jalan raya dalam masa yang singkat.”

Kereta model Esprit v3 itu adalah salah satu daripada 1,053 unit yang dibina oleh pengilang Britain, Lotus dan cuma sebilangan kecil yang masih wujud pada hari ini.

Baca Lagi:
Pelajar perempuan curi duit RM63,750 milik nenek, beri kepada rakan sekelas
Masih ada wanita nak goda saya walaupun sudah berusia 55 tahun – Faizal Hussein
Kisah Geng Mamak rompak jongkong emas RM12 juta hanya dalam masa 20 minit
CATEGORIES