Kantoi ‘beromen’ dalam kawasan masjid, anak pemilik Axia tampil beri penjelasan

Kantoi ‘beromen’ dalam kawasan masjid, anak pemilik Axia tampil beri penjelasan

Anak kepada pemilik Perodua Axia yang tular sejak pagi tadi melakukan aktiviti tidak senonoh di dalam kereta di perkarangan sebuah masjid dekat Kuala Lumpur tampil memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar.

Menerusi hantaran pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hilmi Hamdan, kereta Axia dengan nombor pendaftaran TBY 3064 itu merupakan kenderaan milik ayahnya yang merupakan seorang pesara guru dan imam di sebuah surau.

Katanya, kereta Axia itu telah digunakan oleh adik bongsu yang sedang menuntut di Kuala Lumpur.

Kantoi ‘beromen’ dalam kawasan masjid, anak pemilik Axia tampil beri penjelasan

“Adik saya merupakan lepasan tahfiz, dan di sana beliau juga menjadi imam dan guru mengaji.

“Kami insya-Allah datang daripada keluarga yang baik, bukan pembuat maksiat sebagaimana ditularkan,” tulisnya.

Jelasnya lagi, pada beberapa hari lalu, kawan kepada adiknya yang dikenali sebagai I telah meminjam kenderaan itu.

Kata Hilmi, adiknya telah membenarkan rakannya meminjam kereta kerana mahu menghantar kawan ke klinik.

“Peristiwa dan rakaman tersebut berlaku selepas mereka ke klinik, dan pesalah dalam kereta itu adalah I, kawan adik saya.

“Bukan adik saya, apatah lagi ayah saya sebagai pemilik kereta,” ujarnya.

Tambah Hilmi, beliau kini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan I dan telah dimaklumkan bahawa I telah ke masjid untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan pihak berkaitan.

“Jika kes ini dipanjangkan ke pejabat agama atau apa-apa, ia bukan lagi menjadi tanggungjawab kami.

“Saya hanya ingin membersihkan nama ayah saya yang telah ditularkan dan dilemparkan kata-kata kesat.

“Saya berharap pesalah itu insaf dan mengambil pengajaran atas keterlanjuran dan kekalahan kepada godaan syaitan,” ujarnya.

Sehingga kini terdapat beberapa nombor tidak dikenali telah menghubungi ayahnya.

Jelasnya, kereta tersebut merupakan kereta keluarga namun terpaksa direhatkan buat sementara kerana telah menerima ancaman.

Baca Juga:
Budak 4 tahun maut, bapa denda anak makan cili
Pekerja kedai serbaneka warga asing dicekup orang ramai kerana intai rakan sekerja
Wanita mengigil satu badan selepas lihat rakaman video adik sedang mandi dalam phone suami
CATEGORIES