Kanak-Kanak terperangkap dalam lif 30 minit, tak sempat tutup habis kerana sempat ditahan dengan kaki

Kanak-Kanak terperangkap dalam lif 30 minit, tak sempat tutup habis kerana sempat ditahan dengan kaki

Menerusi video kelihatan seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak yang terperangkap memberikannya coklat untuk menenangkan si kecil ketika berada dalam lif.

Tak dinafikan kejadian seperti terperangkap di dalam lif adalah perkara yang amat menakutkan.

Malah ia turut membuatkan individu khususnya kanak-kanak yang terperangkap di dalam lif berkenaan panik sementara menunggu bantuan, selain boleh mengakibatkan trauma.

Kanak-Kanak terperangkap dalam lif 30 minit, tak sempat tutup habis kerana sempat ditahan dengan kaki

Kanak-kanak terperangkap dalam lif
Perkara sama turut berlaku kepada seorang kanak-kanak selepas dia terperangkap selama 30 minit di dalam lif.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @its_meell21 di TikTok, awalnya kelihatan orang ramai telah berkerumun di hadapan sebuah lif yang dipercayai rosak.

Turut kelihatan terdapat pengawal keselamatan yang berada di depan pintu lif bersama seorang wanita.

Hubungi pihak bertanggungjawab untuk dapatkan bantuan

@its_meell21Untuk mommy2 yg ad budak kecik, Kne berhati2 yaa Kebetulan pulak lift ni memang laju sangt tertutup, Bapak dia x sempat nk masuk pintu dah tutup, nasib baik tersekat dgn kaki so boleh pintu dapat terbuka sikit . Sian budak nya panic 🥹

♬ original sound – its_meEll21

Manakala seorang lagi wanita yang memakai baju berwarna biru sedang sibuk menghubungi pihak bertanggungjawab untuk meminta bantuan kerana terdapat kanak-kanak terperangkap di dalam lif berkenaan.

Menurut perakam video berkenaan, kanak-kanak terbabit telah terperangkap di dalam lif sekitar 30 minit.

“Budak ni stuck (terperangkap) dalam lift, dah 30 minit tak boleh keluar. Maintenance (pihak penyelenggaraan) pula tak ada dekat tempat kejadian,” tulisnya dalam video tersebut.

Pintu lif terbuka kerana sempat ditahan menggunakan kaki
Namun mereka bernasib baik kerana sewaktu kanak-kanak itu terperangkap pintu lif dilihat sedikit terbuka selepas sempat ditahan menggunakan kaki.

“Untuk para ibu bapa yang ada anak kecil, kena berhati-hati ya. Kebetulan pula lif ni memang laju sangat tertutup.

“Bapak dia tak sempat nak masuk pintu dah tutup, Nasib baik tersekat dengan kaki jadi pintu boleh terbuka sikit,” kata pemilik video lagi di ruang kapsyen.

Ibu beri coklat untuk tenangkan si kecil
Seorang wanita yang dipercayai ibu si kecil sedang duduk di depan pintu sambil memberikan coklat kepada kanak-kanak di dalam lif menerusi celahan pintu untuk menenangkannya.

Di ruang komen, perakam turut memaklumkan kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat cuma hanya menangis kerana takut.

Kanak-Kanak terperangkap dalam lif 30 minit, tak sempat tutup habis kerana sempat ditahan dengan kaki

Ramai simpati nasib menimpa anak kecil
Melihat di ruangan komen, ramai yang kasihan dengan nasib menimpa kanak-kanak berkenaan.

Ada juga segelintir berkongsi perasaan takut menaiki lif kerana bimbang berlaku kejadian seperti terperangkap dan sebagainya. Malah lebih rela menggunakan tangga berbanding lif.

Tidak kurang juga ada yang memberikan tips perkara boleh dilakukan jika terperangkap di dalam lif.

“Inilah yang saya takut nak masuk lif je. Saya terbayang tersepit, terbayang lif jatuh, bila guna lif saya laju masuk dan laju keluar dari lif, sebab datang perasaan cemas”

Baca Juga:
Budak berswafoto dengan Ronaldo dibebaskan, rupanya beritahu bapa mahu ke tandas
Ular sawa batik berat 90 kilo sedang mengeram puluhan biji telur ditangkap
Persatuan Haiwan Malaysia tawar ganjaran RM3,000 cari lelaki lapah kucing
CATEGORIES