Kanak-kanak perempuan 5 tahun maut leher tertusuk besi ampaian ketika bermain

Photo of author

By Syima Iza

Kanak-kanak perempuan 5 tahun maut leher tertusuk besi ampaian ketika bermain.

Kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas dipercayai tertusuk besi ampaian pada leher ketika bermain di kediaman keluarganya di sebuah apartment dekat Batu Caves, di sini, Sabtu lalu.

Mangsa berusia lima tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

Kanak-kanak perempuan 5 tahun maut leher tertusuk besi ampaian ketika bermain

Kejadian 2.30 petang disedari ibu mangsa berusia 40 tahun selepas dimaklumkan oleh seorang anaknya yang melihat mangsa terbaring berlumuran darah.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati mangsa bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah.

“Semasa bermain, mangsa tertusuk besi ampaian di bahagian leher.

“Mangsa dibawa ke klinik berhampiran dan kemudian dihantar ke HTA, tetapi disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca Juga:
Fadhlina Sidek minta ibu bapa buat aduan terus kepada KPM jika makanan kantin sekolah mahal
‘Lelaki terpaling halalan toyyiba’, dakwa susah cari makanan halal di Sabah, siap dedah gula & garam adalah racun dan sihir
Ramai ejen Takaful kena ganggu dengan mamat psiko mahu bau stoking