Kanak-kanak 6 tahun selamber jer masak ‘Char Kuetiau’ buat ramai kagum

Photo of author

By Syima Iza

Kanak-kanak 6 tahun selamber jer masak ‘Char Kuetiau’ buat ramai kagum. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya dimana ia membawa maksud jika ingin mendidik anak ia perlu dimula sejak mereka kecil lagi.

Ini kerana, perkara yang diajar kepada mereka ketika kecil lebih mudah untuk diingati dan aplikasikan ke dalam hidup terutama jika ia berkaitan dengan ilmu, adab, kemahiran dan sebagainya.

Kanak-kanak 6 tahun selamber jer masak 'Char Kuetiau' buat ramai kagum

Masih kecil tetapi kanak-kanak sudah pandai masak kuetiau
Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh si ibu ini meskipun anak lelakinya masih kecil tetapi dia sudah pandai memasak.

Menerusi video dikongsikan oleh Athira Hawa, kelihatan kanak-kanak berkenaan sedang membuat persiapan untuk membuat Kuetiau goreng yang dipesan oleh kedua ibu bapanya.

“Siapa suruh bagi anak terlibat dengan kerja rumah dari kecil. Kan dah hari ni dia ambil order (pesanan) bonda babah nak makan apa,” katanya.

Tak kekok ketika memasak di dapur

@syatirahabdullah Tengok buku resepi..🥰🥰 #practicallifeskills ♬ suara asli – hierapsz. – Hieraps

Apa yang lebih mengagumkan kanak-kanak itu tidak kelihatan kekok ketika memasak.

Malah dia memasukkan setiap bahan dan rencah masakannya dengan penuh berhati-hati tanpa bimbang minyak terperecik dan sebagainya.

Ketika ditanya berapakah umur kanak-kanak tersebut, ibunya menjawab dia berumur enam tahun.

Kanak-kanak 6 tahun selamber jer masak 'Char Kuetiau' buat ramai kagum

Ramai kagum lihat kebolehan kanak-kanak 6 tahun memasak
Melihat di ruangan komen, perkara ini turut membuatkan ramai netizen kagum dengan kebolehan kanak-kanak ini walaupun masih kecil tetapi dia sudah pandai memasak.

Menerusi tinjauan kami, video ini telah dimuat naik oleh Athirah pada bulan Januari yang lalu namun ia menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Selain video memasak kuetiau, Athirah turut berkongsi rakaman lain yang memaparkan bahawa dia pada awalnya mengajar si kecil itu dengan menu mudah dan membuat satu sudut khas untuk kanak-kanak tersebut memasak.

“Saya kecil macam ni lah, suka masak senyap-senyap”

@syatirahabdullah Replying to @natocos part tuang last tu …mujur laaa ngam2 je..🤣🤣 #praticallifesklill #preparedenvironment ♬ original sound – NazriZahri – nxzri.ahmad

Kanak-kanak 6 tahun selamber jer masak 'Char Kuetiau' buat ramai kagum

“Wah dik, saya goreng cucur pun kadang-kadang tak jadi”

Kanak-kanak 6 tahun selamber jer masak 'Char Kuetiau' buat ramai kagum

Baca Lagi:
Lelaki temui wang lama berjumlah RM245,000 ditanam dalam dinding rumah
Gengster upahan ugut penduduk kampung halang projek korek pasir haram
Lelaki biadap baling botol arak dari tingkat atas apartment dikecam orang ramai