“Kamu pengacara yang hebat dahulu..” – PU Syed tegur Azwan Ali berpakaian seperti wanita

Photo of author

By Syima Iza

“Kamu pengacara yang hebat dahulu..” – PU Syed tegur Azwan Ali berpakaian seperti wanita.

Tindakan personaliti TV, Azwan Ali, yang mengenakan pakaian seperti wanita dalam satu majlis tertutup baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Susulan itu, pendakwah bebas, PU Syed, tampil memberi teguran secara terbuka kepada Azwan Ali.

"Kamu pengacara yang hebat dahulu.." - PU Syed tegur Azwan Ali berpakaian seperti wanita

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, PU Syed, atau nama lengkapnya Syed Mohd. Bakri Syed Ishak, menyifatkan pemakaian Azwan tersebut sebagai keterlaluan.

Hukum Lelaki Berpakaian Seakan Wanita

Malah, PU Syed turut menjelaskan tentang hukum dan larangan lelaki berpakaian seperti wanita.

“Saya nak tegur, kamu adalah orang yang dikenali seluruh masyarakat kerana kamu adalah seorang artis dan pengacara yang hebat suatu masa dahulu.

“Tapi kenapa sejauh ini perginya? Kenapa perlu berpakaian seperti seorang wanita?

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

“Video ini viral dan memalukan kita sebagai umat Islam, malah kita perlu menentang perbuatan menyerupai berlainan jantina. Ia adalah perbuatan yang haram,” katanya.

Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 42 tahun itu turut menasihati Azwan agar kembali berubah menjadi insan yang lebih baik.

“Jadi, mengapa mahu lakukan seperti itu? Tak ada ke kaedah lain untuk hidup di atas muka bumi Allah? Sedangkan kita dikenali, bukankah ini salah satu perkara yang mencemar agama sendiri?

“Walaupun saya pasti Azwan Ali mempunyai pendidikan yang tinggi, tapi kenapa perginya ke arah ini?

“Jadi, Azwan Ali, janganlah buat begitu. Buatlah perkara lain yang lebih bermanfaat, berubah dan jadi lelaki semula, yang normal, serta mempunyai kehidupan yang lebih baik,” tambahnya lagi.

Pada akhir video tersebut, PU Syed menegaskan agar Azwan meninggalkan perbuatan seperti itu dan mendekatkan diri kepada jalan Allah.

“Bukankah melawan fitrah, ia sangat memalukan? Terutama pada usia yang sepatutnya kita mendekatkan diri kepada Allah, tetapi kita mendekatkan diri ke arah perkara lain.

“Saya tegur bukan hanya untuk dia, tetapi juga kepada orang-orang di luar sana yang terikut dengan cara hidup ini supaya tidak mengikuti perbuatan tersebut. Ianya dilarang,” ujarnya lagi.

@jimmymohdnor_77 diva aa kembali lagi #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fyp #fypage #fypdongggggggg #fypシ゚viral #tenang #azwanali #divaa ♬ original sound – 𝒿𝒾𝓂𝓂𝓎 𝓂𝑜𝒽𝒹 𝓃𝑜𝓇

Terdahulu, tular video yang memaparkan Azwan sedang bernyanyi dan berpakaian wanita dalam sebuah majlis sambutan hari jadi.

Baca Lagi:
Ramai masih keliru, penyampai radio tampil kongsi perbezaan Deepavali dan Diwali
Usia 61 tahun tak halang pesara guru sertai uji bakat ‘One In A Million’ cuba nasib menang RM1 Juta
Kaitkan dengan GISBH, Mufti Perlis saman pengguna Facebook RM10 juta