“Kamu memang selfish!” – Individu bengang jiran suka hati buka restoran dekat rumah

Photo of author

By Syima Iza

“Kamu memang selfish!” – Individu bengang jiran suka hati buka restoran dekat rumah.

Segelintir orang sanggup membeli rumah mahal asalkan kawasan tersebut lebih terjamin privasi seperti mempunyai pengawal keselamatan.

“Beli rumah mahal sebab nak privasi…”

Namun begitu, seorang individu di TikTok berkongsi rasa kesal kerana jirannya telah mengganggu ketenteraman penduduk sekeliling dengan membuka restoran di rumah. Sejak itu, ramai pelanggan suka berlegar-legar di kawasan perumahan tersebut.

“Kamu memang selfish!” - Individu bengang jiran suka hati buka restoran dekat rumah

Individu itu berkongsi pengalaman: “Beli rumah mahal kawasan private sebab nak privasi. Sekali jiran suka-suka buka restoran dekat area tapak rumah dia. Tiap hari ada banyak kereta pelanggan parkir depan rumah kami sampai ganggu kami jiran-jiran sini. Siap ada pelanggan ronda-ronda kawasan sini.”

Bagaimanapun, dia telah membuat aduan kepada pihak berkuasa, namun jirannya hanya diberikan amaran.

“Permit niaga? Memang takde sebab mana boleh buka kedai niaga di kawasan perumahan. Nak niaga pun cari tapak niaga betul-betul… setakat buka payung jual kecil-kecil takpe. Ni restoran!”

“Kamu memang selfish!”

“Kamu memang selfish!” - Individu bengang jiran suka hati buka restoran dekat rumah

Dalam hantaran lain, individu tersebut meluahkan apa yang terbuku di hati, dan jiran-jiran yang lain turut mengalami situasi yang sama. Dia turut menyifatkan pemilik restoran tersebut sangat mementingkan diri sendiri kerana tidak memikirkan keselesaan orang lain.

“Keselamatan kawasan perumahan tergugat bila orang luar boleh masuk sesuka hati. Dah ada jiran yang report PBT sebelum ni.”

“Kamu memang selfish!” - Individu bengang jiran suka hati buka restoran dekat rumah

“Kalau kamu memeriahkan lagi tempat tu dan tak kesian kat kami jiran-jiran ni… kamu memang selfish!”

Dia bagaimanapun tidak mahu mendedahkan nama tempat tersebut.

“Kamu memang selfish!” - Individu bengang jiran suka hati buka restoran dekat rumah

Baca Juga:
“No money no food”- Rider dedah dianiaya dengan pelancong China
Sijil kelahiran masih di tangan bapa, kembar berusia 3 hari maut dalam serangan Israel
Wanita ini mempunyai telinga ‘supersonik’ mampu dengar bunyi jantung, darah dan organ dalam tubuh