‘Kampung 1,000 kubur’ setiap yang meninggal di kampung ini akan dikuburkan di belakang atau di depan rumah

‘Kampung 1,000 kubur’ setiap yang meninggal di kampung ini akan dikuburkan di belakang atau di depan rumah

‘Kampung 1,000 kubur’ setiap yang meninggal di kampung ini akan dikuburkan di belakang atau di depan rumah.

Sebuah kampung di Majalengka, wilayah Jawa Barat mendapat perhatian netizen kerana terdapat kubur di serata tempat, sehinggakan ada yang amat hampir dengan rumah penduduknya, lapor portal berita Dream.co semalam.

Dalam klip video yang dimuat naik di saluran YouTube, Rizquna Channel, kampung digelar ‘kampung 1,000 kubur’ itu dilihat mempunyai begitu banyak tapak kubur yang dibina pada jarak yang hampir antara satu sama lain.

'Kampung 1,000 kubur' setiap yang meninggal di kampung ini akan dikuburkan di belakang atau di depan rumah

Ada antara kediaman penduduk yang mempunyai sehingga lima kubur di halaman rumah selain ada juga kubur di tepi jalan.
Bahkan, pemilik saluran YouTube tersebut turut menyifatkan suasana menjadi seram sekiranya melalui jalan-jalan di kampung tersebut pada waktu malam.

Namun, menurut cerita penduduk kampung, penempatan kubur di sekeliling rumah adalah tradisi turun-temurun di kampung berkenaan. Mereka mengebumikan anggota keluarga yang telah meninggal dunia di sekeliling rumah.

“Ini bukan kawasan perkuburan umum, sebaliknya kawasan kubur milik keluarga,” kata pemilik video tersebut.

Baca Lagi:
“Kau yang cari ain! Kau lah setannya, pura-pura mata kuyu rupanya bernafsu” – Sajat naik angin selar Alif Teega
“Siapa call pencegah maksiat?” – Lelaki ‘gelak sakan’ selepas ditangkap basah oleh JAIS”
Pemandu Honda Civic ‘naik angin’ rempuh orang awam selepas bergaduh dengan isteri
CATEGORIES