‘Kami nak tengok bola’ akuan facebook Jay Chou diserang penyokong Harimau Malaya

‘Kami nak tengok bola’ akuan facebook Jay Chou diserang penyokong Harimau Malaya

‘Kami nak tengok bola’ akuan facebook Jay Chou diserang penyokong Harimau Malaya. Susulan persediaan konsert Jay Chou sehingga menyebabkan 21,000 tempat duduk Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan, akaun Facebook bintang dari Taiwan itu ‘diserang’ penyokong skuad Harimau Malaya.

Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati selepas selebriti yang bakal melangsungkan konsertnya pada 15 Januari itu menyebabkan mereka gagal mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) AFF 2022 berdepan Thailand, Sabtu ini.

Selain meluahkan rasa tidak puas hati, mereka juga menuntut Jay Chou supaya menangguhkan konsert terbabit bagi memberi laluan untuk ‘pemain ke-12’ memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya.

'Kami nak tengok bola' akuan facebook Jay Chou diserang penyokong Harimau Malaya

Wazef Kesarat menulis ‘tiada konsert lebih besar daripada misi negara. Saya sudah melaporkan akaun Facebook kamu semoga ia disekat’ dan Iqbal Mus
menulis ‘batalkan je la concert ko tu..miming je pun.’

Hazirul Annuar Mustafa pula berkata ‘siapa ini orang?Lu tangguh dulu lu punya konsert semak kat Malaysia boleh ka? Kami ada misi lagi penting dari konsert ntah apa apa ini!’ dan Mohd Kharul Anuar meninggalkan komen ‘jangan datang ke Malaysia. Kamu bukan orang yang penting’.

Komen paling menarik sudah tentulah komen ‘mak kau hijau’.

'Kami nak tengok bola' akuan facebook Jay Chou diserang penyokong Harimau Malaya

Bagaimanapun, ada segelintir pelayar Internet yang terlalu beremosi apabila meninggalkan komen dengan kata kata-kesat selain berunsur perkauman dan mengaitkan Jay Chou dengan COVID-19.

Sebagai rekod, tidak sampai sehari penjualan dibuka, semua tiket bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini habis dijual.

Perkembangan itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi akaun media sosialnya, hari ini.

“59,000 tiket habis terjual. Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang telah membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan Separuh Akhir 1, Malaysia lawan Thailand.

“Tiada lagi sebarang penjualan tiket tambahan, sama ada secara dalam talian atau di kaunter tiket stadium,” kata badan induk itu.

Baca Lagi:
Gagal dapat tiket, penyokong Harimau Malaya berang minta alih pentas konsert Jay Chou
Selepas tular video, kedai makan guna pinggan berdaki, retak dikompaun
Tak sempat beli Myvi baru, wang simpanan KWSP RM100,000 lesap
CATEGORIES