Kambing masuk mahkamah didakwa curi pakaian dalam wanita

Kambing masuk mahkamah didakwa curi pakaian dalam wanita

Kambing masuk mahkamah didakwa curi pakaian dalam wanita. Tindakan seekor kambing yang gemar mencuri pakaian dalam dan menanduk orang termasuk kanak-kanak membuatkan pemiliknya yang juga petani ‘hilang sabar’ dengan membawa haiwan ternakannya itu ke ‘mahkamah’.

Anne Lomas memutuskan untuk mengambil tindakan drastik itu selepas kambingnya, Gary mula menyebabkan kekacauan di ladangnya di Cumbria, lapor Daily Star.

Dia membeli haiwan itu pada 2021 daripada pembiak baka bertujuan supaya kanak-kanak yang melawat haiwan berkenaan boleh bermain dengannya.

Kambing masuk mahkamah didakwa curi pakaian dalam wanita

Namun sebaliknya berlaku apabila Gary menunjukkan tanduknya dan mula mengganggu haiwan ternakan lain, mencuri makanan serta menanduk mereka.

Anne yang menjalankan perbicaraan olok-olok pada Januari untuk meminta Gary bertanggungjawab atas kelakuannya berkata, Gary menjadi mimpi ngeri sejak awal lagi.

“Pada hari pertama ia berada di sini, sudah menceroboh kandang dan mula mengejar ternakan lain dan memakan makanan mereka.

“Dalam beberapa hari saya terpaksa asingkannya daripada kambing lain kerana Gary terus menanduk ternakan lain. Saya meletakkannya bersama alpaca kerana lebih besar dan boleh mengendalikannya tetapi Gary kemudian lari,” katanya.

Anne mula menerima panggilan daripada penduduk tempatan di Grange-Over-Sands mengatakan kambing itu mencuri pakaian dalam mereka.

Gary juga bertindak balas terhadap pelanggan dengan melompat ke bangku dan makan makanan mereka, selain turut mengganggu kanak-kanak yang bermain bola sepak.

Anne yang mempunyai akaun TikTok buat haiwannya itu mula merakam telatah nakal Gary dan mempunyai lebih 17,000 pengikut.

Pada Januari lalu, Gary menanduk Anne sebelum dia memutuskan membawa kambingnya itu ke mahkamah olok-olok dan mendapatinya bersalah atas beberapa pertuduhan mencuri serta serangan.

Anne mengeluarkan kad bertema Gary dan menggunakan hasil jualan itu untuk membiayai kerosakan yang disebabkan oleh Gary.

Anne berkata, walaupun Gary menyusahkannya atas pelbagai perkara dilakukan tetapi dia sangat menyayangi haiwan berkenaan.

Baca Lagi:
Wanita dipuji ‘profesional’ buat rumah sendiri sebab nak jimatkan kos
Isu cukai Yayasan Albukhary: Muhyiddin tidak akan buat permohonan maaf kepada Guan Eng
Mahkamah perintah Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia
CATEGORIES