“Kalau mereka berbaik, saya orang nombor satu mengamuk dekat kakak saya” – Didi Astillah

Photo of author

By Syima Iza

“Kalau berbaik, saya orang nombor satu mengamuk dekat kakak saya. Saya yang jadi wakil netizen, jangan risau.”

Demikian penegasan pelakon Didi Astillah apabila timbul dakwaan mengenai kakaknya, Bella Astillah yang dikatakan sudah berbaik dengan suami, Aliff Aziz.

Pada masa sama, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 28, yang bengang dengan desas-desus bertebaran memaklumkan, kakaknya masih teguh dengan pendirian untuk berpisah.

"Kalau mereka berbaik, saya orang nombor satu mengamuk dekat kakak saya" - Didi Astillah

“Saya nak mengamuk apabila nampak artikel mereka sudah berbaik. Suka hati sahaja.

“Bila masa berbaik? Berhubung pun tidak, nak berbaik macam mana? Memang nak bercerai,” katanya menerusi siaran langsung TikTok semalam.

Selain itu, Didi berharap penjelasannya dapat membuatkan netizen berhenti mengecam Bella.

“Saya tidak tahu siapa yang buat cerita, kalau tahu saya akan hubungi dia.

“Mula-mula saya ingat mahu biarkan tetapi apabila sudah ramai sangat (bercakap) saya jadi geram pula.

“Siapa yang sudah terkomen dan rasa geram dekat artikel itu serta geram dengan Bella, komen balik sambil beritahu berita tersebut tidak betul,” ujarnya lagi.

Susulan kes mahkamah antara Bella dan Aliff ditunda dari 4 Jun ke 13 Jun, timbul dakwaan yang mengatakan pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu kembali berbaik dengan suaminya.

Pun begitu, Bella, 30, memilih untuk mengunci mulut, sekali gus membiarkan persoalan terbiar tanpa jawapan.

Baca Juga:
‘Video lucah dikongsi percuma tapi kalau nak tengok penuh, kena bayar RM400’ – Kumpulan tukar pasangan suami isteri dicekup
Lelaki gagal SPM bangga bergaji RM3,500, sekali pakcik ini bagi ‘respon pedas’ buat netizen tergelak besar
Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri