‘Kalau menang, saya nak beli kaki palsu untuk mak’

Photo of author

By Syima Iza

‘Kalau menang, saya nak beli kaki palsu untuk mak’.

Syamsyul, yang kini bertugas di Singapura, berkata dia tidak akan berputus asa mencari rezeki demi membahagiakan ibunya agar dapat menjalani kehidupan seharian yang lebih selesa.

“Jika terpilih dan diberi peluang untuk mara ke peringkat akhir serta dengan izin rezeki untuk menjuarai OIAM kali ini, saya akan menggunakan wang kemenangan itu sebaik mungkin untuk mengubah kehidupan seluruh ahli keluarga.

'Kalau menang, saya nak beli kaki palsu untuk mak'

“Mandi, makan, dan segala keperluan harian semuanya memerlukan bantuan daripada saya. Melihat keadaan ibu yang memerlukan sokongan setiap masa membuatkan saya semakin tekad untuk melakukan yang terbaik demi ibu.
“Hasrat saya adalah untuk mengubah hidup insan syurga ini, memberikan ibu kebahagiaan dan keselesaan yang selayaknya. Kerana bagi saya, pengorbanan ibu selama ini tiada tandingannya.
“Usaha gigih dan semangat yang tidak pernah luntur, Syamsyul berjaya mengungguli uji bakat dan layak ke peringkat seterusnya,” katanya.

Perlukan Dana Sebanyak RM20,000 untuk Membeli Kaki Palsu Buat Ibu Tercinta

Usaha gigih dan semangat yang tidak pernah luntur, Syamsyul berjaya mengungguli uji bakat dan layak ke peringkat seterusnya.

Kongsi pemuda berusia 37 tahun itu, dia memerlukan dana sebanyak RM20,000 untuk membeli kaki palsu buat ibu tercinta.

“Kaki palsu itu bernilai hingga RM20,000. Dengan sokongan kaki palsu ini, saya berharap dapat membantu ibu berjalan kembali dengan lebih selesa dan yakin.

“Ini bukan sekadar alat bantu, tetapi satu usaha untuk memulihkan kebebasan ibu saya, membolehkan dia menjalani kehidupan dengan lebih baik selepas segala pengorbanan yang dilalui,” ujarnya.

Untuk rekod, Syamsyul pernah menyertai Mentor musim kelima pada tahun 2010 (Top 4) bersama Ajai dan juga Amir Jahari.

Tidak terhenti di situ, Syamsyul juga pernah menyertai Mentor Legend. Namun, nasib tidak menyebelahi apabila dia terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Kemalangan tersebut menyebabkan pehanya patah. Akibat kejadian itu, dia bukan sahaja tidak dapat meneruskan uji bakat tersebut, malah terpaksa berhenti kerja hakikinya buat sementara waktu.

Jadi, bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024 (Sabtu & Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

'Kalau menang, saya nak beli kaki palsu untuk mak'

Masih tidak terlambat bagi warga Sabah & Penang!

Cepat-cepat hadir ke Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC) dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Penang dari jam 10 pagi hingga 10 malam, 9 & 10 November ini!

Baca Lagi:
Owner gedung butik menyamar jadi pelanggan test pekerja baru, tak sangka ini yang terjadi
Ramai terkejut, rupanya keluarga dari Malaysia pemilik tanah kedua terbesar di New Zealand
Kakitangan kontrak KKM dapat ‘Durian Runtuh’