Kalau jumpa duit syiling 1 sen jangan buang! boleh dijual dengan harga RM10,000

Kalau jumpa duit syiling 1 sen jangan buang! boleh dijual dengan harga RM10,000

Kalau jumpa duit syiling 1 sen jangan buang! boleh dijual dengan harga RM10,000. Duit syiling 1 sen sekarang bernilai RM10,000, selongkar bawah karpet rumah anda sekarang. Beberapa warganet terkejut apabila mendapati penjual duit lama Malaysia menjual syiling 1 sen sehingga RM10,000 di platform jualan dalam talian.

Pada masa ini, denominasi syiling terbesar di Malaysia ialah 50 sen. Bagaimanapun, beberapa tahun lalu, Malaysia juga mengeluarkan syiling 1 ringgit, tetapi ia kemudiannya dihentikan dan digantikan dengan wang kertas 1 ringgit.

Kalau jumpa duit syiling 1 sen jangan buang! boleh dijual dengan harga RM10,000

Syiling sedia ada lain yang mula diperkenalkan pada 12 Jun 1967 bersama 1 sen ialah 20 sen, 10 sen dan 5 sen.

Bagi 1 sen, yang pengeluarannya telah dihentikan berkuatkuasa 1 April 2008, ekoran pelaksanaan penggenapan dalam urus niaga, kini menjadi kegemaran beberapa pengumpul duit syiling lama.

Terdapat ramai penjual di platform Lazada dan Shopee yang menjual syiling lama. Salah seorang penjual menjual syiling 1 sen yang ditempa pada tahun 1993 dengan harga RM10,000.

Kalau jumpa duit syiling 1 sen jangan buang! boleh dijual dengan harga RM10,000

Seorang lagi penjual menawarkan RM5,555 untuk syiling 1 ringgit yang ditempa dari tahun 1959 hingga 1969.

Kalau jumpa duit syiling 1 sen jangan buang! boleh dijual dengan harga RM10,000

Terdapat juga penjual yang meletak harga RM7,450 untuk duit syiling 1971 yang ditempa amat jarang berlaku hari ini.

Kalau jumpa duit syiling 1 sen jangan buang! boleh dijual dengan harga RM10,000

Syiling lama sangat mahal harganya untuk jualan kerana keunikannya yang sukar didapati dan atas sebab sejarah pengeluarannya.

Selain itu, Malaysia Coin menyenaraikan 7 sebab mengapa syiling lama boleh berharga mahal buat pencinta dan pengumpul wang lama iaitu:

1. Jumlah pengeluaran atau tempaan yang sedikit.

2. Kepelbagaian duit syiling tersebut, sama ada ia dicetak di kilang duit yang berbeza untuk tahun yang sama.

3. Sejarah duit syiling tersebut.

4. Permintaan daripada pengumpul duit lama.

5. Kondisi duit syiling tersebut (VG, F, VF, EF atau UNC).

6. Lambakan duit syiling yang sama pada sesuatu masa.

7. Duit syiling yang mengandungi kesilapan yang tidak disengajakan ketika ditempa di kilang wang.

Jadi, simpan duit syiling lama anda. Mana tahu pada masa hadapan ia boleh jadi berharga tinggi.

Baca Lagi:
Guru kongsi kisah anak murid deman, ibu korek sana sini cari duit untuk bawa anak ke klinik
Duit aku dan suami selalu hilang, disangka ‘toyol’ yang curi rupa-rupanya…
Menggigil jumpa duit RM23 ribu ditinggalkan penumpang, pemandu grab hanya terima RM14 sebagai ganjaran
CATEGORIES