“Kalau di Malaysia rasa dah kaya pakai Alphard, rupanya orang Jepun buat Taxi je”

“Kalau di Malaysia rasa dah kaya pakai Alphard, rupanya orang Jepun buat Taxi je”

“Kalau di Malaysia rasa dah kaya pakai Alphard, rupanya orang Jepun buat Taxi je”.

Seorang lelaki mendedahkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang dikaitkan dengan status kemewahawn dijadikan sebagai pengangkutan awam iaitu teksi di Jepun.

Menerusi video yang dimuat naik Hairul Vcool di Facebook, dia menunjukkan MPV itu sewaktu baru tiba di lapangan terbang negara matahari terbit tersebut.

"Kalau di Malaysia rasa dah kaya pakai Alphard, rupanya orang Jepun buat Taxi je"

“Yang mana pakai Alphard tu rasa dah kaya sangat, mari tengok sini. Dekat Jepun, Alphard jadi teksi je. Ha nampak tu Vellfire jadi teksi,” katanya menerusi sebuah tular.

Sehingga kini, video tersebut mendapat sebanyak 53,200 tanda suka dan 6,500 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai berasa terkejut, malah ada juga yang mendedahkan kenderaan mewah tersebut dijadikan van jenazah dan teksi di Malaysia.

“Di Johor Bahru lagi hebat bos. Vellfire buat ‘prebet sapu’ masuk Singapura. Awak pun orang Johor Bahru mesti selalu nampak,” komen Tuan Zanar.

“Tak pelik pun sebab di Terengganu (Alphard) guna untuk van jenazah. Jejak tanah kubur,” kata Ahmad Raduan.

“Ada satu kedai kat Taman Semarak, Nilai guna Alphard untuk mengangkut lauk je,” kata pengguna lain.

Harga jualan bermula dari RM438,000 untuk Vellfire 2.5L, sementara Alphard 2.4T Executive Lounge pula dijual pada harga bermula RM538,000.

Baca lagi:
Cacing ditemui dalam otak gadis 23 tahun angkara makan makanan ini
Hanya kerana lambat buat air teh, suami tetak leher isteri dengan pedang
Kanak-kanak 5 tahun cedera parah diserang lebih 30 ekor kera di Kuala Krai
CATEGORIES