“Kalau budak ini tak panjat rumah saya, saya tak akan jumpa barang sihir ini”- Aeril Zafrel terima permohonan maaf lelaki ceroboh rumahnya

Photo of author

By Syima Iza

Malah, Aeril Zafrel menganggap insiden rumahnya diceroboh sebagai satu hikmah sehingga dia menemui barang sihir.

Baru-baru ini, halaman rumah pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, telah dicerobohi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Aeril semalam (23 Jun) menerusi akaun Instagram miliknya, yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki memanjat tembok rumahnya.

“Kalau budak ini tak panjat rumah saya, saya tak akan jumpa barang sihir ini"- Aeril Zafrel terima permohonan maaf lelaki ceroboh rumahnya

Aeril turut mendakwa lelaki berkenaan telah meletakkan sesuatu yang dipercayai sebagai barangan sihir di dalam kawasan rumahnya.

Ibu bawa anak istimewa ke rumah Aeril untuk memohon maaf

Bagaimanapun, tidak lama selepas hantaran itu dimuat naik, lelaki terbabit tampil ke rumah pasangan selebriti yang juga usahawan kosmetik itu untuk memohon maaf.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aeril di Instagram, dia berkata lelaki yang juga ‘orang istimewa’ itu telah dibawa oleh ibunya sendiri untuk bertemu dengannya.

“Semalam saya ada muat naik hantaran berkenaan budak lelaki yang panjat rumah saya dan letak barang sihir, dan petang itu juga ibunya bawa anak istimewa ini datang berjumpa saya untuk meminta maaf,” katanya.

Tak letak barang sihir, panjat tembok rumah sebab minat Aeril

Menurutnya, lelaki terbabit tidak mengakui bahawa barangan yang dipercayai untuk kegunaan sihir itu diletakkan olehnya dan motif dia memanjat tembok kediaman pelakon berkenaan adalah kerana minat terhadapnya sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)

Tidak ingin memanjangkan cerita, Aeril menganggap apa yang terjadi mempunyai hikmah dan telah memadam hantaran yang dimuat naik sebelum ini berhubung insiden terbabit.

“Kalau budak ini tak panjat rumah saya, saya tak akan periksa kawasan rumah itu dan tak akan jumpa barang sihir itu.

“Apa-apa pun semoga kejadian ini menjadi iktibar untuk saya, ibu bapa budak ini, dan untuk semua,” katanya lagi.

Dalam video yang dikongsikan pelakon filem Buas itu, kelihatan dia begitu tenang menerima permohonan maaf lelaki berkenaan selain berpesan agar tidak mengulangi perbuatannya itu.

Ramai puji cara Aeril layani lelaki terbabit meminta maaf

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji cara Aeril menerima permohonan maaf lelaki terbabit.

Mereka turut menyifatkan perbuatan yang berlaku itu sebagai satu hikmah untuk Aeril menemui barangan sihir terbabit.

“Kalau budak ini tak panjat rumah saya, saya tak akan jumpa barang sihir ini"- Aeril Zafrel terima permohonan maaf lelaki ceroboh rumahnya

Baca Juga:
‘Bagus betul pemilik kereta tak sombong’
‘Apa masalah kau?’ – Pemandu undur kereta secara mendadak selepas bayar tol undang tanda tanya
“Terima kasih Tun M sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga” – Faisal Halim