‘Kak Ara’ ugut calar kereta jika enggan bayar parkir RM15 di Bukit Bintang

Photo of author

By Syima Iza

‘Kak Ara’ ugut calar kereta jika enggan bayar parkir RM15 di Bukit Bintang.

Selain memungut bayaran secara haram, ‘ulat parkir’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semakin berani bertindak mengugut serta merosakkan kenderaan sekiranya individu enggan membayar.

Perkara itu didedahkan seorang wanita yang juga mangsa apabila kereta miliknya yang diletakkan di kawasan sebuah bank di Bukit Bintang baru-baru ini didakwa dicalarkan ‘ulat parkir’.

'Kak Ara' ugut calar kereta jika enggan bayar parkir RM15 di Bukit Bintang

Menerusi perkongsian klip video yang dimuat naik di TikTok Bellerina, memaparkan kesan calar di bahagian sisi kiri dan kanan keretanya apabila dia enggan membuat bayaran parkir.

Katanya, sebelum itu, dia telah didekati seorang wanita yang dikenali sebagai ‘kak Ara’ meminta bayaran parkir sebanyak RM15 bagi setiap kereta.

“Dua wanita warga tempatan dan tiga lelaki warga Bangladesh memungut bayaran parkir tanpa lesen di kawasan Bukit Bintang.
“Jika enggan bayar, seorang wanita yang bernama ‘kak Ara’ ugut untuk melakukan sesuatu kepada kereta kami. Tengok kereta aku jadi apa,” katanya.

Justeru, atas nasihat orang ramai, wanita terbabit telah membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya berharap DBKL dapat memberikan kerjasama dan mengambil tindakan segera ke atas pelaku,” ujarnya.

Baca Lagi:
“Saya hanya sempat tarik rambut” – Guru terkilan gagal selamatkan mangsa lemas
Boleh ke guna lampu albino pada kenderaan?, ini penjelasan abang JPJ
Penangan sardin masak kicap, wanita ini menjadi popular sekelip mata di TikTok