Kajian dedah punca kenapa 1.86 juta rakyat Malaysia yang ‘Bijak’ pilih berhijrah ke luar negara

Photo of author

By Syima Iza

Kajian dedah punca kenapa 1.86 juta rakyat Malaysia yang ‘Bijak’ pilih berhijrah ke luar negara.

Malaysia berdepan cabaran besar dalam mengekalkan bakat tempatan apabila dianggarkan seramai 1.86 juta rakyat Malaysia, termasuk mereka yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang, telah berhijrah ke luar negara demi mendapatkan peluang kerja yang lebih baik, lapor Sinar Harian.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, angka ini diperoleh daripada World Migration Report 2022 yang diterbitkan oleh International Organization for Migration (IOM).

Kajian dedah punca kenapa 1.86 juta rakyat Malaysia yang 'Bijak' pilih berhijrah ke luar negara

Dalam kenyataannya di Dewan Rakyat baru-baru ini, Sim berkata, “Laporan IOM menunjukkan kadar migrasi global adalah 3.6 peratus, namun Malaysia mencatatkan kadar yang lebih tinggi iaitu 5.6 peratus daripada populasi keseluruhan, mewakili 1.86 juta orang.”

Data mengenai penghijrahan rakyat Malaysia dari tahun 2018 hingga 2024 kini sedang dikumpulkan secara terperinci bagi mendapatkan maklumat seperti kaum, negara destinasi, umur, serta sebab penghijrahan, menurut Sim.

Jawapan beliau diberikan sebagai tindak balas kepada soalan yang diajukan oleh Chow Yu Hui (PH-Raub) yang meminta penjelasan mengenai statistik ini.

Berdasarkan kajian TalentCorp dan Bank Dunia melalui laporan Malaysian Diaspora Heat Maps yang disiapkan pada April 2022, diaspora Malaysia dianggarkan berjumlah kira-kira 281,429 orang di empat negara utama: Australia (138,363 orang), Amerika Syarikat (79,827 orang), United Kingdom (37,549 orang), dan Kanada (25,690 orang).

Di Australia, majoriti bakat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan bekerja dalam sektor perkhidmatan profesional.

Di Amerika Syarikat, mereka terlibat dalam sektor pengurusan, perkhidmatan profesional, perniagaan, sains, dan seni.

Di United Kingdom, ramai bakat Malaysia bekerja dalam sektor pengurusan, perkhidmatan profesional, perubatan, dan hospitaliti, manakala di Kanada, mereka banyak berkhidmat dalam bidang pengurusan, perkhidmatan profesional, sains, perubatan, dan teknikal.

Untuk menarik bakat tempatan yang berada di luar negara kembali ke tanah air, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui TalentCorp telah melaksanakan beberapa inisiatif.

Salah satunya adalah Program Returning Expert Programme (REP) yang sejak 2011 hingga Jun 2024 telah menerima 11,124 permohonan dan berjaya membawa pulang 2,011 bakat ke Malaysia.

Melalui REP, kerajaan menawarkan pelbagai insentif menarik seperti kadar cukai pendapatan istimewa sebanyak 15 peratus, pengecualian cukai ke atas barangan peribadi, pengecualian duti eksais kenderaan sehingga RM100,000, serta kemudahan untuk memperoleh status pemastautin tetap (PR) bagi pasangan dan anak-anak.

Baca Juga:
“Siap Rakam Video Intim”- Suami artis terkenal kantoi bawa balik skandal ke rumah ketika isteri buat umrah
Pendakwah selebriti dedah maksud sebenar lagu APT nyanyian Bruno Mars & Rose
Rupanya ini maksud sebenar kenapa warga Bangladesh selalu pegang tangan sesama lelaki ketika berjalan