Kaitkan dengan GISBH, Mufti Perlis saman pengguna Facebook RM10 juta

Photo of author

By Syima Iza

Kaitkan dengan GISBH, Mufti Perlis saman pengguna Facebook RM10 juta.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis, telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi terhadap seorang pengguna Facebook, Mohd Nawawi Abdul Razak, dan menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta atas tuduhan fitnah yang mendakwa beliau pernah menerima keuntungan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Mufti yang lebih dikenali sebagai Maza itu, selaku plaintif, mengemukakan saman melalui firma guaman Tetuan Faizal Rahman & Co pada 10 Oktober lalu.

Kaitkan dengan GISBH, Mufti Perlis saman pengguna Facebook RM10 juta

Dalam saman tersebut, beliau menamakan Mohd Nawawi, 37, sebagai defendan tunggal berhubung kenyataan fitnah yang dikeluarkan dalam bentuk komen bergambar pada hantaran media sosial milik individu lain yang dikenali sebagai ‘Kayrollz Nasri’.

Kenyataan tersebut, yang dikeluarkan pada 20 September lalu, adalah berkaitan dengan isu fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai kesesatan GISBH.

Menurut dokumen yang diperoleh media pada hari Selasa, plaintif mendakwa kenyataan fitnah tersebut memberi gambaran bahawa beliau mempunyai hubungan yang rapat, menerima ganjaran wang, dan memperoleh keuntungan peribadi daripada GISBH.

Komen palsu tersebut juga dikatakan memberi makna bahawa plaintif seorang yang hipokrit dan mengamalkan perbuatan khurafat.

“Selain itu, komen tersebut menggambarkan plaintif sebagai seorang Mufti yang tidak kompeten, bodoh dan tidak menghormati Raja Perlis dalam mengeluarkan fatwa,” kata beliau.

Plaintif juga mendakwa bahawa komen defendan memberi imej bahawa beliau tidak layak diberi kredit atas Fatwa Negeri Perlis yang dikeluarkan, malah digambarkan sebagai Mufti yang hanya mengejar kemasyhuran dan pujian orang ramai.

Plaintif mendakwa gambar beliau turut disertakan dalam kenyataan fitnah tersebut, di mana defendan merujuknya dengan nama panggilan yang terkenal di kalangan masyarakat iaitu Maza.

Katanya lagi, defendan telah menyebarkan atau menerbitkan fitnah tersebut walaupun mengetahui bahawa ia adalah tidak benar dan tidak berasas.

Menurut plaintif, dakwaan tersebut diterbitkan dengan niat untuk menghina dan memalukannya, serta menyebabkan orang ramai menjauhinya.

Sehubungan itu, plaintif menuntut supaya defendan menghentikan sebarang hantaran yang berbentuk fitnah dan memadamkan kenyataan tersebut daripada semua media sosial.

Defendan juga diminta untuk memberikan jaminan secara bertulis bahawa beliau tidak akan menerbitkan hantaran atau komen yang berbentuk fitnah terhadap plaintif di masa depan.

Selain itu, defendan perlu menghantar draf notis permohonan maaf dalam tempoh 48 jam dari tarikh notis ini dikeluarkan, dan notis tersebut perlu diterbitkan selama sebulan di semua platform media sosial.

Baca Lagi:
Ejen rumah diam seribu bahasa selepas lelaki nampak ‘Sesuatu’ bertenggek atas tangga dalam iklan rumah
“Hanya Ada Satu Di Dunia”- Rolls Royce dibalut emas
Wanita kecewa teman lelaki terlalu berjimat, sambut hari jadi dengan makan nasi lauk campur