Kafe paling unik! direka dengan bentuk seperti serangga belalang, siap ada sesungut dan mata lagi

Photo of author

By Syima Iza

Kafe paling unik! direka dengan bentuk seperti serangga belalang, siap ada sesungut dan mata lagi.

Jika di Malaysia, ramai anak muda yang gemar ke kafe-kafe estetik sebab selain nak lepak dengan kawan, kafe-kafe dengan konsep sebegitu juga cantik untuk kita bergambar.

Namun, di Korea Selatan pula, ada sebuah kafe dengan konsep yang lain daripada yang lain apabila bangunan kafe itu direka dengan bentuk seperti serangga belalang!

Kafe paling unik! direka dengan bentuk seperti serangga belalang, siap ada sesungut dan mata lagi

Memetik laporan Atlas Obscura, kafe yang dinamakan ‘Grasshoper’s Dream’ itu sebenarnya dibina dengan menggunakan gerabak kereta api yang diubah suai menjadi bangunan tersebut.

Siap ada sesungut dan mata lagi tau!

Kafe dengan bentuk belalang itu terletak di lokasi Stesen Gujeol-ri yang sememangnya terkenal dengan aktiviti berbasikal di landasan kereta api lama.

Difahamkan juga, tingkat bawah kafe itu menjual hidangan pasta manakala tingkat atas pula ialah kafe yang menjual pelbagai jenis minuman dan kopi.

Baca Lagi:
Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan
Gelar rakyat Indonesia pengganas, penyampai TV Israel mohon maaf selepas teruk kena maki, rumah dipecah masuk
Lelaki hilang empat batang gigi, muka jadi ‘bengkak’ tukang cuci menyamar doktor