Juruterbang MAS dapat pujian ramai, tunjuk ‘skill’ mendarat di lapangan terbang Heathrow.
Kecekapan dan kemahiran juruterbang Malaysia Airlines tidak boleh disangkal lagi apabila kemahiran salah seorang daripada mereka terus mendapat pujian orang ramai.
Pujian tersebut diterima daripada masyarakat dunia selepas klip video pendaratan pesawat Malaysia Airlines Airbus A350-900 baharu tular di media sosial, menunjukkan pesawat tersebut berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London.
Lebih membanggakan, juruterbang yang mengendalikan pesawat jumbo itu berjaya mengimbangi pesawat tersebut ketika menghadapi keadaan ribut serta angin kencang semasa mendarat di lapangan terbang terkenal itu.
Rata-rata orang ramai memuji ketangkasan serta kemahiran yang dimiliki oleh juruterbang Malaysia tersebut.
“Terbaik pilot MH, selamba saja dia mendarat dalam keadaan cuaca macam tu,” kata Asyraf Hambali.
“Penerbangan terbaik oleh kapten kapal. Pendaratan yang sangat baik. Tunduk hormat untuk kapten MAS,” komen Wai Long Mok.
Untuk rekod, kejadian itu bukan kali pertama membabitkan juruterbang MAS, malah sebelum ini beberapa klip video telah tersebar menunjukkan kemahiran juruterbang Malaysia dalam mengendalikan pesawat besar dalam keadaan angin kencang di beberapa lapangan terbang yang pernah tular.