Juruterbang ‘kantoi’ bersama pramugari setelah isteri serbu bilik hotel

Juruterbang ‘kantoi’ bersama pramugari setelah isteri serbu bilik hotel

Juruterbang ‘kantoi’ bersama pramugari setelah isteri serbu bilik hotel.

Luluh hati isteri apabila mendapat tahu suami tercinta berlaku curang dengan rakan sekerja, apatah lagi sekiranya lelaki itu siap berdua-dua bersama skandal di tempat tidak sepatutnya.

Baru-baru ini, netizen Indonesia kecoh mengenai seorang juruterbang kantoi bermain kayu tiga dengan rakan setugas yang juga seorang pramugari sehingga diserang isterinya dalam sebuah bilik hotel terletak di Surabaya.

Menurut laporan Suara Bogor, difahamkan juruterbang dan pramugari itu bekerja di bawah syarikat penerbangan sama sekali gus hubungan mereka berjaya dihidu oleh si isteri.

Juruterbang 'kantoi' bersama pramugari setelah isteri serbu bilik hotel

Berdasarkan video tular, kelihatan si isteri dan keluarga menyerbu bilik hotel itu sebelum menemui suaminya di atas katil sehingga pramugari tersebut berlari menyorokkan muka di satu sudut.

Kecewa ditambah pula perasaan berbaur geram, si isteri hanya mampu menyebut istighfar beberapa kali selepas melihat suami sendiri menolak hubungan halal dan sanggup melakukan perbuatan dosa.

Meninjau ke ruangan komen di akaun TikTok @sulselonline.com, rata-rata mengakui bengang melihat kecurangan lelaki terbabit kerana tergamak menduakan insan tersayang selain berharap dia dipecat dari syarikat penerbangan itu.

Aku tengok pun sakit hati…

Juruterbang 'kantoi' bersama pramugari setelah isteri serbu bilik hotel

Baca Lagi:
Lamboghini milik Syamsul berhenti di tepi jalan dan berasap, dah kenapa tu!
Sering dimaki, suami kerat isteri, rebus tangan dan bakar kaki
Pelancong berbogel di balkoni hotel dirakam orang awam
CATEGORIES