Juruterbang abangcaptain dedah ‘lift dump spoiler’ tidak boleh keluar ketika berada di udara.
‘Lift dump spoiler’ yang terdapat pada sayap pesawat tidak boleh dikeluarkan semasa kapal terbang berada di udara.
Menurut perkongsian seorang juruterbang yang dikenali sebagai abangcaptain di TikTok, ‘lift dump spoiler’ atau spoiler hanya digunakan semasa pendaratan bagi tujuan memberhentikan pesawat secepat mungkin.
“Untuk memberhentikan pesawat dengan cepat, spoiler tersebut perlu dikeluarkan. Sebelum mendarat, juruterbang biasanya akan menyediakan spoiler itu terlebih dahulu, tetapi tidak boleh dikeluarkan semasa pesawat masih di udara.
“Namun, dalam kes yang berlaku dalam pesawat ini, spoiler tersebut tidak sengaja dikeluarkan oleh salah seorang juruterbang, yang menyebabkan pesawat hilang kawalan dan tidak boleh dikawal pada ketinggian yang sangat rendah,” jelasnya.
Beliau turut menyatakan bahawa pesawat sukar dikawal jika berada pada ketinggian bawah 1,000 hingga 500 kaki.
“Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan pesawat terhempas, antaranya ialah kesilapan juruterbang, keadaan cuaca, masalah teknikal, dan sebagainya.
“Namun, dalam kes di Elmina ini, laporan telah dikeluarkan dan mendedahkan punca sebenar iaitu kegagalan mengawal pesawat berkenaan. Kita harus mengambil iktibar daripada kes-kes seperti ini,” ujarnya.
@bangkept Abangcaptain Explain Pasal Punca Pesawat Terhempas di Elmina – Inadvertent Extension of ‘Lift Dump Spoiler’ #abangcaptain #flysafe✈️ #juruterbangmalaysia #pilot #pilotlife #viral #pilotsoftiktok #elminacrash #pesawatterhempaselmina #alfatihah #salamjumaat #puncapesawatterhempas #liftdumpspoiler @Zarul Umbrella #shouldbeme ♬ Very Sad – Enchan
Terdahulu, laporan akhir yang dikeluarkan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) semalam mengenai nahas pesawat N28JV, model Hawker Beechcraft 390 Premier di Bandar Elmina, Shah Alam setahun lalu, mendedahkan bahawa peluasan tidak sengaja ‘lift dump spoiler’ menjadi punca utama kemalangan tersebut.
Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi itu terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang.
Tragedi tersebut mengorbankan 10 nyawa, termasuk enam penumpang, dua anak kapal penerbangan, seorang pemandu e-hailing, dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).