Jurutera nekad buat ancaman bom palsu setelah terlepas dua penerbangan

Jurutera nekad buat ancaman bom palsu setelah terlepas dua penerbangan

Jurutera nekad buat ancaman bom palsu setelah terlepas dua penerbangan. Seorang jurutera tentera di India ditahan selepas membuat ancaman bom palsu dalam percubaan terdesaknya untuk menangguhkan penerbangan sebuah pesawat, lapor akhbar New York Post semalam.

Ajmeer Bhadraiah, 59, yang merupakan seorang penyelia jurutera Perkhidmatan Kejuruteraan Tentera kecewa selepas dia terlepas untuk menaiki satu pesawat pada pukul 5.15 pagi (waktu tempatan) dari Hyderabad ke Chennai.

Bukan itu sahaja, Ajmeer turut dihalang menaiki pesawat IndiGo yang dijadualkan berlepas pada pukul 10.15 pagi (waktu tempatan) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi kerana tiba di sana terlalu lewat.

Jurutera nekad buat ancaman bom palsu setelah terlepas dua penerbangan

Polis di lapangan terbang itu berkata, lelaki itu bertengkar dengan kakitangan syarikat penerbangan dan meminta untuk dibenarkan menaiki pesawat, lapor akhbar Times of India.

Apabila ditolak, dia menghubungi bilik kawalan polis untuk memberitahu mengenai ancaman bom dalam penerbangan 6E-6151 dan meminta ia dihalang daripada berlepas, kata polis lapangan terbang, R. Srinivas.

Selepas menerima maklumat, Srinivas menghubungi Ajmeer dan turut memaklumkan Jawatankuasa Penilaian Ancaman Bom di lapangan terbang. Ketika disoal siasat polis, dia mengaku membuat panggilan palsu.

“Dia membuat panggilan itu kerana kecewa terlepas dua penerbangan dan dia tidak dapat melaporkan diri untuk bertugas,” kata Penolong Pesuruhjaya Polis Metropolitan Cyberabad, V. Bhaskar kepada Times of India.

Pegawai berkata, ancaman bom palsu itu menyebabkan ‘kesusahan’ kepada ramai penumpang di lapangan terbang Hyderabad selain mencetuskan pemeriksaan keselamatan yang mengakibatkan kelewatan.

Ajmeer telah ditahan dan didakwa atas tuduhan ugutan dan pelanggaran Akta Pesawat.

Baca Lagi:
Isteri menangis teresak-esak kerana suami lupa beli telur, ramai sebak tapi terhibur
Gadis cantik ini pandu treler lebih 4,000 kilometer selama 4 hari bantu mangsa gempa di Turkiye
Lima Adun Umno Sabah umum keluar parti
CATEGORIES