Jurutera cipta mesin basuh manusia pertama di dunia

Photo of author

By Syima Iza

Jurutera cipta mesin basuh manusia pertama di dunia.

Jurutera di Jepun telah membangunkan mesin basuh manusia futuristik yang mampu membaca mood anda dan tidak memerlukan sabun untuk membersihkan badan.

The Sun UK melaporkan, mesin ini direka hampir seperti kokpit pesawat pejuang – berbentuk gelembung telur seperti yang didedahkan oleh Science Co dan akan diumumkan secara rasmi di Ekspo 2025 Osaka, Kansai, pada April nanti.

Jurutera cipta mesin basuh manusia pertama di dunia

Menurut portal itu, ‘mesin basuh manusia masa depan’ ini berasaskan reka bentuk dari tahun 70-an, tetapi telah direka semula untuk memberikan pengalaman mandi dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

Sebahagian daripada ruang dalam mesin ini akan diisi dengan air. Penderia yang dibenamkan pada tempat duduk akan mengukur nadi seseorang dan data biologi yang lain untuk memastikan proses mandi dilakukan pada suhu yang sesuai.

Pada masa yang sama, sistem AI akan menentukan sama ada pengguna berada dalam keadaan tenang atau teruja.

Maklumat ini digunakan untuk memaparkan imej pada bahagian dalam penutup lut sinar untuk membantu pengguna berasa segar, di mana kitaran basuh dan kering mengambil masa hanya 15 minit.

Science Co merancang untuk membenarkan pengguna mencuba alat baharu ini sebelum ia memasuki pasaran.

Pengerusi syarikat itu, Yasuaki Aoyama, berkata: “Kami merancang untuk menawarkan 1,000 pelawat umum peluang untuk menggunakannya semasa ekspo nanti.”

Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuci badan dalam mesin itu, tempahan khas untuk mencubanya kini boleh dibuat di laman web syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, Science Co tidak boleh mengambil kredit sepenuhnya untuk konsep itu.

Gergasi teknologi Jepun, Sanyo Electric Co (kini Panasonic Holdings Corp) pada Ekspo Osaka 1970 telah melancarkan mesin basuh manusia pertama di dunia. Ia dengan reka bentuk futuristik dan menggunakan teknologi gelembung udara yang menarik perhatian ramai.

Versi tersebut dipanggil “Ultrasonic Bath” dan mempunyai beberapa perbezaan ketara berbanding model baharu ini.

Baca Lagi:
Mydin beri ‘green light’ benarkan Khairul Aming ambil barang untuk bantu mangsa banjir
Lelaki dari Malaysia kongsi pengalaman makan daging berharga RM13,000 di Dubai
Lelaki ini jadi individu pertama di dunia pakai baju silat masuk pertandingan Hyrox